Feb 11, 2009

5 naruto shippuden fc club (gasshing!!)

Selamat mengenali kelab bola sepak yang tersohor di seantero penjuru padang minden yang agak tersorok ....tepukan gemuruh kepada kelab naruto shippuden (clap,clap,clap)*adus kna baling ngan kunai(sejenis senjata murahan yang digunakan 'tk memukul curi mangsa dlam dunia naruto

haa,nape nama naruto di gunakan sebagai nama kelab kami??tentulah atas dasar semangat,keperwiraan yang jitu dan daya tidak mengenal erti kalah yang dipertonjolkan oleh watak naruto telah menjadi titik tolak semangat kami .........................urgh....crap

realitinya????aku pilih nama ni sebab aku klakar dan aku nak ketawa tiap kali aku mendengar nama naruto ,acap kali bila nik memperihalkan mengenai temannya di matrix yang kami klasifikasikan sebagai manusia naruto yang:berani,lucu tapi elegan.
kesimpulannya????-just 4 fun-

Di persilakan masuk menghadap sambil berbaris berdua2 masuk ke padang para pemain nsfc(singkatan naruto shippuden fc)-siapa??

1.wei@dwei@tony jaa@asam boy
-kebolehan:memiliki sepasang kaki pembunuh dan senyuman yang menawan namun kurang di beri perhatian di kalangan pak arab,pemain harapan pasukan kami,tanpa beliau kami seperti layang-layang putus tali
-posisi:penyerang

2.aku@mr.kamen rider@buncit
-kebolehan:rajin mengejar bola walaupun tak dapat serta memiliki seluar bola yang koyak di tengah kelengkang yang di gunakan sebagai senjata menjauhkan bola dari pihak lawan.
-posisi:penghadang

3.Nik@Alikami@Zuaxpdc@watak pembantu kr black rx
-kebolehan:manusia pertama dalam team yang membuat peraturan pemilihan pasukan melalui cabutan rumput panjang pendek,ini menandakan beliau adalah seorang analyst dalam team,bijak mencari ruang dan mahir terkandas
-posisi:pemain tengah/sayap

4.Apan@apan@apan@abg afiq
-kebolehan:berkebolehan dalam pelbagai bidang sukan seperti rugby dan rentas desa,ini membuktikan beliau adalah pemain paling berpengalaman dalam team dan membolehkan beliau menerima pangkat kapten ,peka terhadap segala dialog iklan,movie/segala media..terutamanya Blood Diamond
-posisi:all-rounder/main semua posisi

5.Rajo@riera@raja karaok
-SKILL yang semakin meningkat dari hari ke hari seiring dengan peluang mendapat kecederaan serta sering mengeluh di kasari membuatkan beliau seorang pemain yang sangat versetail,kontra dengan pemain pertama,wey,rajo adalah sangat popular di kalangan pak arab
-posisi:sayap kiri

6.Amirul@nabil@jehan miskin
-pemain paling tenang dalam pasukan,jejaka ini sangat komited dengan tugas harian telah meletakkan beliau sebagai idol jejaka majalah remaja bagi bulan Januari 2009,sentiasa tersenyum di waktu permainan menyebabkan para pesaingnya terkeliru akan aksi yang ingin dipersembahkan beliau
-posisi:penghadang serang/attacking midfielder

-tamat biodata-

Segala yang terungkap di atas merupakan bintang2 bola sepak berbakat yang bakal me-kalut-kan lagi rencah bola sepak di Malaysia ini yang tersedia goyah dan rapuh..
adakah nsfc akan berjaya atau sebaliknya dalam mengharumkan nama padang minden ke seaantero dunia????ahhhh..kami yakin ngan semangat musang 9 ekor yang ada dalam diri kami dan kami tersedia maklum mengetahui bahawa ..............................

-kami memang best-

5 comments:

  1. oh yah!*ikut gaya comel bun*

    untuk menjadi seorang pemain yg tau semua sukan, kenelah jadi org yg suka tgk slumdog millionaire kemudian minum air 100plus botol 500ml berharga lebih murah dari air tin.

    ReplyDelete
  2. ahahah. mcm haram.

    jangan lupa kau belum mempamerkan lagi hikmat manipulasi tendangan maut kau tu. aku ter tunggu2 jgk.

    ReplyDelete
  3. hahaha..

    termuntah nasi lemak masam isitimewa aku makan tadi baca post kau..

    ReplyDelete
  4. penjaga gol? keeper?

    tiada?

    ha. inilah punca kenapa pasukan bola sepak malaysia bangang dalam bola kerana kekurangan penjaga.. oh tidak. sebenarnya ialah penjaga gol malaysia kini memang sengal.

    akibat?

    rakyat msia secara am-nya telah dilatih dari akar umbi atau petang2 untuk terer dalam permainan tiang gol kechik.. no keeper. sebab smua tak nak jadi keeper.

    hehe..

    ReplyDelete
  5. aku bangga mempunyai pasukan musang...skill rumput panjang pendek dikutip dari cerita komik hongkong...dunia tergempar kerana kuasa tinggal....

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...