Feb 17, 2010

2 flatpesta KE pestajaya

"Taman kita da berubah,berubah jadi cam Putrajaya..dulu orang panggil Pesta ,sekarang orang boleh panggil Pestajaya pulak...."seloroh bapak aku bersahaja sambil memandu kereta menuju ke Simpang Lima untuk melahap satay kegemaran kami sekeluarga di sana.

Mana taknya ,sepuluh tahun lepas..kawasan ini hanya berlatarkan belukar,kecuali sekolah agama, dan sekolah menengah yang memang wujud sejak aku belajar bertatih lagi.

Sejajar dengan arus pemodenan,kawasan ini telah berubah...dengan mendadak.em,boleh dikatakan begitu.Mengikut hemat aku,tidaklah besar mana pown kawasan taman aku ni ..namun,dengan perancangan yang rapi oleh pemaju maka satu pembangunan yang terancang telah berjaya di jalankan di atas bumi ku yang tercinta ini.

Kini,pelbagai kemudahan boleh terlihat lahir di sini..bermula dengan pembinaan Masjid Besar Sultan Ismail suatu ketika dahulu,diikuti pula dengan terbinanya perpustakaan daerah yang terletak benar-benar di hadapan rumah aku.Selain itu juga ,terdapat bangunan Tabika Kemas,Infotech, Tabung Haji, Pejabat Agama, Yayasan Pelajaran Johor, TNB, JPJ(kiniberpindah), JPS, POS, JBA, Bangunan Gunasama(Pusat Tadbir), Pejabat Daerah, Balai Polis dan Bomba selain berhampiran dengan The Summit dan Carrefour.Terbaru,sebuah sekolah rendah sedang giat didirikan dan sekolah agama aku sedang diperluaskan.

Namun begitu,aku bersyukur kerana taman aku masih aman seperti dahulu,masih lagi terjaga alam sekitarnya walaupun pembangunan pesat sedang berlaku.Masih lagi mengekalkan bait memori bila aku pulang menjejakkan kaki ke kampung.

Pesta,Batu Pahat,Johor kini ....kau, aku gelar Pestajaya.Terima kasih ngan idea cunn bapak aku.Aku ingat nak usulkan kat YB lah .......dan nak komisyen sket.

Maka,aku pun menaiki bus KKKL..meluncur laju menuju ke Pulau Pinang,meninggalkan sekali lagi Pestaku tercinta .TUTUP.



2 comments:

  1. *sob sob*

    kau pergi~meninggalkan ku sendiri.

    takpa2.aku masih ada kereta untuk tidur dlm tu.

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...