"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."
Apakah itu mandi songsang?/Inverted Bath ??
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala(jangan silap kepala ya). Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan negatif pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut(ah,bukan kecut lain ya). Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di adjust di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan (bukan pertahanan Johor FC ya)
Bagaimana.How?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala.Ko janga nak wat camni masa mandi wajib pulak,dah peraturan kena jirus kepala dulu,jangan memandai-mandai yob^^
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN
- Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
- Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
- Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
- Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menjadikan pengamal semakin pintar.
- Meninggikan daya ingatan.
- Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
- Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
- Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
- Memiliki daya ketahanan mental.
- Menambahkan semangat berani.
- Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.
*dulu cikgu aku,ya,cikgu Aziz,bapa kepada si Pijol Double B,pernah mengingatkan aku kaedah permandian ini..cuma aku yang pemalas ini manalah ada kesedaran untuk mengamalkannya ~DANG~