Nov 9, 2010

0 Diari Aku Budak Emo vol.1

 Ini bukan sebarang emo band,tapi ini bukan emo yang korang kenal sekarang , yang berseluar skinny ketat ,berjaket hitam,melukakan diri sendiri (?) dan bercelak mata.Ini barulah otai emo sejati.


 Sunny Day Real Estate



1986 - Aku lahir di Batu Pahat.Dato Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad.

1990 - Tora,Dendang dan Robotech !

1992 - Sunny Day Real Estate ditubuh di Seattle.Nama sebenar Empty Set.Aku sangat meminati Baja Hitam,Ultraman dan Ninja Turtle.Curi dengar lagu C.I.N.T.A oleh XPDC di putar oleh jiran dengan menekap telinga di dinding

1994 - Album : Diary dilancarkan,di bawah label Sub Pop yang juga sebelumnya merekrut Soundgarden,juga Nirvana.Aku darjah 2 dan aku tengok kat TV macamana Roberto Baggio miss penalty pada Final piala dunia dengan bapak aku.Aku minat Italy semenjak itu.

1996 - Band berpecah wat sementara.Aku mula jinak-jinak dengar channel radio omputih,Hitz.FM hasil pengaruh sahabat rapat persekolahan,sedara Firdaus Tahir.Main bola jentik,tamiya(oh,auldey sahaja) dan saja suka Liverpool sebab nama dia best.

1998 - Darjah 6,zaman SUKOM'98.Kegilaan ini mula terbit dalam jiwa aku apabila aku curi-curi dengar discman sony punyaan sepupu aku yang termuat di dalamnya cd album Sunny Day Real Estate:Diary.Tak faham tapi aku enjoy.

2000-2004 - Ini zaman lagu Jepun aku.Tiada Sunny Day Real Estate,Third Eye Blind malah Smashing Pumpkin juga.Mula memandang serius terhadap perkembangan Liverpool.

2005-2010 - Keane bertakhta sebab attachment aku pertama kali dating ngan 1st girlfriend.


Sekarang - Liverpool dan risau akan kerjaya.Cuba mengorek memori kanak-kanak.










2011/2012 - Liverpool juara EPL







2038 - Malaysia menang piala dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...