Dec 3, 2010

0 Pak Cik Judi Bola Sepak di Nasi Kandar


     Ok ,semalam aku tengok game Liverpool macam biasa juga ,yalah ,seri 1-1 dengan team Romania ,Steua Bucharest dan seterusnya melayakkan diri ke knock out stage setelah mempamerkan aksi longlai selama 90 minit dan gol nasib dari bekas pemain Steua Bucharest sendiri ,Milan Jovanovic..and the rest was fucking boring.

     Sesi tontonan aku malam tadi tidaklah se-seronok mana.Macam biasa ,aku tengok di nasi kandar kegemaranku ,ops bukan kerana nasinya tapi kerana suasananya yang cukup sesuai untuk menonton game bola.Dekat situ ,macam biasalah semua watak aku dah kenal lagi-lagi dengan uncle Liverpool yang misteri dan sentiasa boleh di lihat berada di kedai itu 24 jam.Kenapa aku panggil dia uncle Liverpool ? simple ,sebab dia sering memakai cap liverpool malah sentiasa menonton match melibatkan Liverpool.Dia ada juga malam tadi cuma lambat sedikit.Watak-watak lain silih berganti dan aku lihat semakin berkurangan berbanding fan Manchester ,Arsenal ,malah Spurs juga.Yelah ,manalah ternama kelab Liverpool ni.

      Ok ,i was annoyed last nite.Memang dari dulu lagi sudah ada watak sekumpulan pakcik tua yang rutinnya berjudi bola sepak ,dan tak apa lah selama ini tak menganggu aku pun ,tapi ku sangkakan panas tetiba ribut pulak semalam.Pakcik-pakcik ni yang tidak keruan sebab dah betting banyak kat Borussia Doutmund dan beberapa team lain dalam Europa League asek gatai nak tukar TV ,nak taw result khabarnya.Annoying.

     Mujur ada sorang mamat ni pun seolah-olah back up aku ,aku tengok kat sweater dia ada badge Liverpool.Ye lah kot.Dia ni watak baru.Tak berapa nak cam tapi kebelakangan ni memang ada.Akhir sekali ,aku suruh pakcik ni tengok livescore je.Abes cerita.Kita tengok bola sebab nak tengok team bukan pakat nak berjudi ja.Dah tua pun.Aih.

     Aku ingat lagi seorang macha nasi kandar tersebut penah tanya satu soalan maut kat salah seorang dari pakcik-pakcik tersebut ,"Bila mau mati ?"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...