Mar 21, 2011

2 Politik dan Konflik Bola Sepak Jerman


3 Oktober 1990. Tarikh keramat untuk seluruh rakyat Jerman apabila negara sebangsa yang sebelum ini berpisah akibat perbezaan ideologi politik telah bersatu semula dan terbentuklah negara Jerman yang ada sekarang, hasil penggabungan di antara Jerman Barat dan Jerman Timur ataupun lebih dikenali dengan nama G.D.R iaitu German Democratic Republic. Negara yang sentiasa menganjing England dalam dunia bola sepak.


Dunia juga telah menyaksikan satu peristiwa bersejarah dalam peradaban manusia dengan runtuhnya Berlin Wall pada pagi 9 November 1989 yang selama ini memisahkan di antara West Berlin dan East Berlin. Walaupun begitu, tak legendlah kalo wall ni runtuh sekelip mata. Selama seminggu, orang awam sempat jugak mengopakkan batu-batu wall ini dengan menggunakan hammer dan sebagainya untuk dijadikan simpanan kenangan di hari-hari tua. Kalo orang Melayu sah-sah buat tangkal itu ini. Maka dengan itu, Jerman Timur yang berpaksikan komunis telah digulingkan secara aman dan 5 negeri yang terletak dalam Jerman Timur telah bergabung dengan 11 negeri di Jerman Barat untuk bersatu menjadi Jerman yang ada sekarang. Negara Eropah yang lain pada masa berlakunya sesi meruntuhkan wall ini sangatlah panas bontot terutama sekali siapa lagi kalo bukan Britain. Perdana Menteri Britain pada masa itu iaitu Margaret Thatcher telah mengeluarkan ucapan merayu kepada Presiden Soviet untuk melarang aktiviti merntuhkan tembok tersebut.

"We do not want a united Germany. This would lead to a change to postwar borders and we cannot allow that because such a development would undermine the stability of the whole international situation and could endanger our security", Thatcher habaq kat Gorbachev. seperti dah dapat menghidu yang jerman akan menganjing pasukan bola sepak England untuk 2 dekad akan datang.

Baiklah, berbalik kepada isu East dan West Germany. Apakah punca yang mereka kalut sangat hingga sampai nak berpecah belah? Macam biasa ejen-ejen ini disebar daripada suara-suara politik yang kononnya masing-masing memperjuangkan suara dan hak rakyat. Jerman Barat pada masa itu mendakwa mereka adalah kerajaan sebenar untuk rakyat kerana pemimpin telah dipilih melalui pilihanraya secara demokrasi. Perbalahan berlaku di antara 2 pihak dan maka pada 13 August 1961, G.D.R telah membina tembok untuk memisahkan bahagian mereka daripada Jerman Barat yang yang menggelar tembok ini dengan gelaran "wall of shame" hanya untuk di runtuhkan 29 tahun kemudian. Ramai yang cuba melarikan diri ke Barat melalui tembok ini dan menemui ajalnya di sini.

Oleh kerana perbalahan yang berlaku di Jerman sejak dari tahun 1949 dan berakhir pada tahun 1990 ini, secara tidak langsung telah memberikan impak besar kepada sukan no.1 mereka iaitu bola sepak ! Di sinilah, dapat di lihat Jerman Barat sentiasa mengatasi musuh ketat mereka Jerman Timur. Dalam tempoh itu, Jerman Barat telah memenangi 3 piala dunia iaitu pada tahun 1954, 1974 dan 1990.1990 walaupun sedang berlakunya proses pencatuman Barat dan Timur, pemain-pemain dari Timur masih tidak dibenarkan bermain bersama pasukan Jerman pada piala dunia yang telah menyaksikan Jerman muncul sebagai juara. Setelah itu, Jerman yang telah bersatu hanya memenangi Euro'96 dan belum lagi memenangi piala dunia sehingga kini. Manakala kejayaan paling manis untuk Jerman Timur adalah apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan Jerman Barat pada tahun 1974 dan ini juga merekodkan kekalahan paling memalukan bagi pasukan Jerman Barat.



Tahukah korang juga, di Bundesliga, liga utama Jerman yang ditubuhakan secara professional pada tahun 1963 kini tiada langsung kelab daripada East Germany ? Ya, memang tiada. Terakhir sekali kelab mewakili East adalah Hansa Rostock dan Energy Cotbuss sekitar tahun 2000-2009. Itupun, mereka bukanlah powerhouse dalam liga Jerman yang didominasi oleh kelab-kelab dari Jerman Barat seperti Bayern Munich, Borussia Dourtmund, Schalke 04 dan Hamburg SV. Hertha Berlin pula walaupun menggunakan nama Berlin, tidak dianggap sebagai kelab dari Jerman Timur. Walaupun begitu, ini tidak meyatakan bahawa kelab di Jerman Timur tidak gah dengan sejarah.Magdeburg misalnya pernah mengejutkan AC Milan pada final European Cup Winners Cup, senior kpada UEFA Champions League pada tahun 1974 juga dan muncul juara. 1974 merupakan zaman kegemilangan bola sepak Jerman Timur.

Setelah Jerman bergabung pada tahun 1990, kelab-kelab dari Timur telah mengalami perubahan struktur pentadbiran yang drastik di mana liga mereka di mansuhkan dan 2 pasukan teratas dibenarkan bertanding dalam Bundesliga, liga tertinggi dalam sistem piramid bola sepak di Jerman manakala pasukan di tangga 3-6 di benarkan bertanding dalam level 2 dan 3 liga Jerman. pasukan yang layak ke Bundesliga adalah Dynamo Dresden dan Hansa Rostock. Tapi di mana mereka sekarang ? Mereka gagal menyaingi kelab-kelab dari Barat. Segalanya berhubungkait dengan politik di mana kelab-kelab dari jerman Barat mempunyai struktur kewangan yang lebih kukuh dan di back-up dengan baik oleh persatuan bola sepak Jerman itu sendiri Deutsche Fußball Liga. Persatuan ini telah mengawal Bundesliga dan 2.Bundesliga di Jerman iaitu 2 level tertinggi dalam bola sepak di sana dengan mengamalkan sistem "50+1" yang secara ringkasnya melarang secara bentuk kapitalisme dan pelaburan melebihi untung seperti yang di amalkan di sepanyol dan England. Sistem ini berjaya dan merekodkan Bundesliga sebagai liga yang mempunyai average attendance tertinggi dengan purata 41,802 fans per game pada musim 2009–10 mengalahkan liga-liga ternama lain. Seistem ini juga berjaya menyelamatkan kelab-kelab-nya daripada menanggung hutang yang tinggi dan mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Makanya, musim perpindahan pemain agak hambar di Jerman. Walaupun begitu kelab-kelab dari Timur terus ketandusan idea. Mereka seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pentadbiran yang ada sekarang. Daripada komunis kepada demokrasi, kelab-kelab ini masih gagal mengamalkan pentadbiran kelab dengan cermat sehinggakan dari segi kewangan, mereka jauh ketinggalan. Bukan tak ada pemain bola yang bagus dari sana.Ada dan contoh terbaik adalah seperti Michael Ballack, Robert Enke, Matthias Sammer dan Ulf Kirsten yang lahir di negara komunis tetapi berpindah untuk bermain di kelab Barat kerana bayaran yang lebih tinggi.

Tetapi, masih ada ruang-kah untuk kelab dari Jerman Timur bersaing untuk meletakkan diri mereka sebagai powerhouse di Bundesliga? Jawabannya ada.RB Liebzig. Di taja oleh Red Bull, company minuman yang tersohor yang berazam untuk menjadikan RB Liebzig sebagai pasukan ternama di Jerman. Kini sedang bermain di level 4 liga Jerman. Ianya bukan misi mustahil.TSG Hoffenheim dijadikan contoh terbaik. Bermain di level 5 pada tahun 2000 dan 2008 buat pertama kali bermain di Bundesliga setelah satu revolusi dilakukan oleh pemilik kelab, Dietmar Hopp, software's mogul. Tindakannya persis Abrahamovich, menggunakan kekayaan untuk kejayaan. Ianya telah dikritik hebat oleh rakyat Jerman kerana pelaburan Hopp yang melampau dan asas kelab yang berasal dari sebuah kampung yang hanya terdiri daripada 3 ribu lebih penduduk sahaja. Tapi dalam bola era kini, ada duit semua jadi. Selain itu, Deutsche Fußball Liga juga hanya mengawal Bundesliga dan 2.Bundesliga yang memberi maksud pasukan di lower level tidak terikat dengan sistem "50+1" dan lebih bebas menguruskan kelab. Oleh itu, tidak mustahil RB Liebzig yang kaya dengan sejarah tersendiri dan tidak asing dengan dunia bola sepak Jerman Timur akan bangkit dan membanggakan rakyat Jerman Timur !!



Kita nantikan kuasa baru dalam bola sepak Eropah.


*personally, aku minat Bundesliga dan menyokong VFL Wolfsburg dari season 2008 sebab logo dia best dan dulu ada Dzeko (kecewa aku dia p MC) dan ada juga Makoto Hasebe, kapten Jepun. VFL Wolfsburg dalam PES 2010 memang kuat dow. Oh, ya. Bundesliga juga menerapkan sistem attacking gameplay dan dibantu dengan defensive yang agak lemah dari kelab-kelab Bundesliga menjadikan every match worth to watch dan dowang kojanya nak attack ajer. Entertaining dan breathtaking.

2 comments:

  1. first time baca blog lu, tp gua suka post ni. keep it up.

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...