Jun 9, 2011

0 KL Gangster Review



Baru pulang menonton paylang-paylang KL bergasak di pawagam. Menonton bersama 6 lagi paylang dari Penang membuatkan hati aku berdebar-debar dan mengeluh kesah, " Adakah Samsul akan menghidangkan karya yang menarik menerusi KL Gangster ini ? " Dengan hati yang tidak tenteram dan minda yang dikuasai dengan dialog "Abang besar sudah keluar, gua ngat lu sudah mampus" yang aku gilakan itu, ianya adalah tekanan yang berat untuk aku yang secara tidak sengaja meletakkan harapan tinggi terhadap KL Gangster.

Aku pun melangkah ke seat f05 dengan langkah longlai ..

Ok, 1st of all aku nak puji adegan fight yang di wujudkan dalam filem ni. Memanglah tak selicin filem-filem sepak terajang dari HK tapi cool jugak untuk cubaan awal ke arah yang lebih baik.

2nd, storyline tak payah korang nak amek pot bedepot sangat. Kata gangster. Kalo nak tahap gangster siuman, boleh layan The Godfather. Itu hi-class bro. Ini KL.

3rd, lakonan Samsul memang menjadi dow. boleh kata memang sesuailah. Muka dia memang muka nak kena hentak je kan. Oleh itu, memanglah berbaloi watak dia kali ini.

Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,Aku suka Sofi Jikan,

Mungkin ada juga yang akan membandingkan KL Gangster dengan Young & Dangerous. Kalo anda beranggapan begitu maknanya, filem ini berjaya dalam genre-nya yang tersendiri. Bagi aku, ianya "good try"

Last sekali, lepas baca ni, yang belum tengok silalah tengok kat pawagam. Support Malaysian film . Rugi dow tak tengok Sofi Jikan . Sekian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...