Aug 15, 2011

3 4 soalan setelah BUNDESLIGA dimulakan


1.Adakah Dotmund sehebat season lepas ?

Minggu pertama, team anak buah Jurgen Klopp ni main memang memikat hati aku. Jatuh cinta aku dengan stail permainan dowang yang pantas, agresif dan kemas. Menang opening match 3-1 depan fan sendiri memang puas hati.Sebelumnya lagi walaupun tewas menentang Schalke 04 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan Supercup ala-ala Sumbangsih kita, bagi aku permainan dowang memang ada paten tersendiri. Walaupun midfielder genius mereka, Nuri Sahin dah p lari ke Real Madrid namun penggantinya, Gundoan fit so well. Kagawa pulak memang class. Tu belum Lucas Barrios pulih lagi dari kecedaraan yang dikutip pada final copa menentang Uruguay tempoh hari. lain-lain, Lewandowski dan Mario Gotze sangat marvelous ! Masa depan Jerman bebudak nih. Abe Ballack punya zaman pun dah berlalu pergi ~

Tapi, penat gua puji melambung2, tup tup kalah pulak 2nd match dengan kelab taikun software, Hoffenhiem. Ape hal. Match yang ini aku tak tengok sebab aku pentingkan Liverpool vs Arsenal yang berlangsung pada waktu yang sama.

2. Adakah Patrick Helmes adalah mamat yang akan menyelesaikan masalah gol Wolfsburg ?

Helmes menjaringkan 2 gol ketika kemenangan 3-0 Wolfsburg ke atas Cologne. Beliau mempunyai kadar serangan yang memberangsangkan di Bayer Leverkusen, tetapi bergelut untuk memberi impak di dalam 6 bulan pertama selepas start jadi serigala pada Januari lepas. Malangnya bagi Helmes, pengurus Wolfsburg, Felix Magath masih tidak memandang usaha beliau. Sebaliknya, Magath masih tarik muka kat dia dan terlihat begitu terdesak untuk menandatangani Papiss Cisse. Masalah Wolfsburg hanyalah Magath yang tidak mahu membayar harga 15 juta sebagai yuran perpindahan seperti yang di pinta Freiburg.

Helmes sekali lagi menjaringkan sebutir gol ketika menentang Bayern Munich namun di batalkan di mana keputusan akhir menyaksikan pasukan Wolfsburg tumpas 1-0.

3. Adakah Schalke bermasalah ?

Schalke tumpas gila babeng dengan keputusan 3-0 kepada Stuttgart. Walaupun diakui Stuttgart bukan tempat yang mudah untuk mendapatkan keputusan, tetapi masalah sebenar terbukti muncul dari permainan Ragnick, manager Schalke yang terlihat ingin bermain tempo passing yang pantas ! Untuk merealisisakan corak ini, Schalke memerlukan seorang tokoh utama yang kreatif, di mana Ragnick gagal untuk mencari calon yang sesuai. Baumjohann kelihatan tidak mampu menyediakan kreativiti yang diperlukan. Jan Moravek, yang bermain cukup baik semasa tempoh loan kat Kaiserslautern, masih muda dan belum diberi peluang yang sebenar dalam pasukan Schalke. Pilihan yang jelas adalah Jurado, yang cemerlang musim lalu, tetapi Rangnick tidak tidak fikir dia bekerja keras cukup untuk dimuatkan ke dalam sistem Schalke.
Pertahanan juga mendatangkan masalah kepada Schalke yang masih merindukan kedinamikan bertahan yang dimiliki defender Jepun, Uchida.


Minggu ke-2 amek ko menang bergaya 5-1 ke atas FC Koln, kelab di mana kononnya Safee Sali dikatkan !

4. Bayern Munich sudah monopous ?

Tidak. Belum lagi. Walaupun sentiasa menjadi pilihan untuk menjuarai liga macam Liverpool, Bayern telah tewas ngan pasukan Monchengladbach yang hadir pada edisi kali ini sebagai wakil dari pusingan play off setelah menang ke atas Bochum. Bayern sekali lagi kelihatan bermain secara satu dimensi. Taktik utama ialah: bermain wide dan mengharapkan Robben atau Ribery melakukan sesuatu yang baik. Masalahnya ialah bahawa mereka boleh disekat oleh pasukan yeng mempunyai disiplin yang tinggi dan bermain dengan teratur.

Neuer pula yang hadir sebagai penjaga gol baru daripada Schalke adalah saling tak tumpah, persis De Gea, gugup.. amat gugup. Ini juga merupakan satu masalah penting yang perlu diselesaikan oleh Bayern. Walaupun 2nd match mereka menewaskan Wolfsburg dengan 1-0 hasil gol lewat permainan. Kita tahu, ini bukanlah Bayern Munich yang sebenar.

Kesimpulan

1. Mainz dan Hannover 96 mencanak dan konsisten dengan season lepas. Top 2 setakat ni dengan 6 mata penuh masing-masing.

2. Bundesliga tidak dapat dijangkakan. Tak macam La Liga.

3. Aku bajet St. Pauli akan kembali musim hadapan.

4. Aku ramal Liverpool akan menjuara EPL usai 37 match nanti !!



Sekian ~

3 comments:

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...