Aug 3, 2011

0 MALAYSIA = LIVERPOOL




Maaf. Keterlewatan. Lewat hati yang pilu ini. Bukan mudah untuk ditenangkan, tetapi bukan sukar untuk dilaungkan semula.

Bola sepak, sukan no. 1 Malaysia. itu secara lisannya. Di atas padang. Kita no ? 150. Pup. Jatuh lagi. Gedebuk, amek hang.

Banyak lagi yang M'sia perlu belajar dan diberikan pengajaran. Perlu belajar bertatih dengan elok sebelum boleh berlari kencang seraya memburu mangsa di luar sana.

Aku di sini bukanlah individu yang termasuk dalam komuniti yang bertempik keras di SNBJ sana. Cukup bersantai dirumah sambil didampingi rakan aku yang kemaih berpakaian belang kuning dan abah aku yang kelihatan lebih bersahaja, berlenggeng dan berpelikat. Tak ada riak gembira dari kerut wajah orang tua ku itu. Unemotional. Mungkin kerana pengalaman kekecewaannya sudah tidak terperi. Dekat 60 tahun gamaknya orang tua aku tu menabur harapan. Maka diam itu lebih baik.

Ops, apa ada kaitan dengan Liverpool ek ? Nak kata abah aku minat, tak jugak.
Meh aku habaq kat hang.

DEFEND
Asrarudin tu bukan tak bagus. Tapi bukan juga hebat. Out of position memanjang, dari rambut panjang sampai rambut pendek.. tetap tak bermaya. Macam? Glen Johnson, dari rambut panjang sampai ke botak. Bukan baguih mana pun. Sebab tu England tak power. Badi position Asra tu sama ngan badi kat LB Liverpool. Pas Riise chow, sampai la ni takda pewaris yang jitu !

Bagi gua lagi, Aidil tu serupa Carra lah. Paling berpengalaman dalam pasukan. Tak ada dia susah. Carra tu bukan bagus mana. Kuda tua dah. Aidil lak tak tua lagi. Tapi senior lebih dari defend yang lain. Peranan keduanya sama penting. Nak harap Fadhli Sas ngan Mahali ? Sama jer dengan korang mengharap Danny Wilson dan Krygiakos. Agger lak senang cedera, Skrtel ikut form. Nampak tak ? kedua team ni menampakkan kualiti pertahanan yang goyah.

Keeper aku tak nak sentuh, Sharbinee berada dalam kelasnya yang tersendiri.

MIDFIELD
Safiq Rahim, macam Gerrard. Free kick power tapi gopoh. Maksud aku senang kena kad. Kebelakangan ni, Gerrard begitulah. Lepas Alonso bla, mampos statik MF Liverpool. Amar Rohidan bolehlah diibaratkan merpati dua sejoli dengan Poulsen. Lucas aku tak nak sentuh sebab kalo orang macam Lucas ada kat team M'sia, aku rasa permainan kita akan lebih mantap. Adalah hold bola tu sket. Takdalah ke depan membabi buta. Kalo dah namapun membabi buta, mana nak nampak depan, makanya di pass sahaja sesuka hati walaupun tanpa sebarang pressure dari pihak lawan.

Ismail Faruqi macam Joe Cole. Gentel gedebe. Pass haram. Tinggi lebih kurang. Kunanlan pulak lebih kurang macam Babbel lah kalo nak diperbuat perbandingan walaupun Babbel dah p Hoffenheim. Speed macam enjit bot besar. Pastu ke laut jugaklah kalo dah namanya pun macam enjin bot. Tapi aku respect sebab Kunanlan 90 minit macam ? Kuyt. Stamina ntah berapa botol Red Bull ntah di ceparuknya. Amirul Hadi walaupun berlainan posisi dengan Mereiles, tapi pada hemat aku, macam sama. ada stail. Sorang rambut emas, sorang lagi hipster. Mereka ada visi. dan baan mereka lemah. Dalam golongan ni aku masukkan sekali Ashaari.

STRIKER
Fakri Saarani tu striker ke ? kalo dia striker, dia macam Jovanovic lah. Itu pun kalo Fakri tu sedo diri dia striker. Dia ingat men bola macam kumpul kad Dragon Ball yang berkilat-kilat tu. asal main kena kad. Tak ada visi. panik betul cara permainan dia. nak kata body, tak gak, speed tak gak, shoot tak gak. Pass lagi lah tak. Abes tu apa ek.

Norshahrul macam L.Suarez. Lincah. dan bontot tonggek.

Safee sali ? tak dak match. Dia jauh lagi boleh diharap dari striker-striker Liverpool yang sedia ada. Andy Carrol ? Khalid Jamlus lagi berbisa. Tapi nak buat macam mana aku tetap meletak harapan lagi pada si Carrol tu. Bagi aku potensi ada. Hadi Yahya dari dulu aku anggap dia macam Tevez. Dari orang tak kenal dia lagi. jadi dia out of context dari Liverpool. Baddrol Bakhtiar pula macam Baddrol sendiri. Tak ada maknanya dia tanpa deadly partner dia, Khyril Muhymeen.

JURULATIH/MANAGER
King Kenny ada King. Raja Gopal ada Raja.

TAKTIK
Walaupun King ada kata nak praktis pass n move, tapi sebelum belum ni, semasa Torres masih lagi KOP Hero, diorang buat Torres macam Safee Sali. Pass bola ke depan dan mengharapkan beliau seorang. Nak kojol ? Malaysia lak taktik permainan dia pass nowhere n pass melepas. sekali dah terlepas dah tak move-move lagi, tengok jerlah gol tu bolos Asrarudin oi !. Sharbinee oi !

NASIHAT
Stop ball g perkemas. Sedih aku tengok. kalo aku tak apalah tak pandai stop ball. Ini player professional. di bayar gaji untuk stop ball dengan berkesan. Stop ball yang tak kemas tu lah aku tengok meningkatkan kadar ramapasan possession oleh pihak lawan selain tak pandai nak hold bola.

Pass tu .... boleh tak sesuaikan dengan keadaan, situasi dan player.

KESIMPULAN

Bila Liverpool kembali menguasai dunia bola sepak dan menjadi kuasa besar semula, maka di saat itu jugalah era Harimau Malaya akan kembali mengaum. Nak diikutkan lepas Liverpool tak menang-menang epl dari tahun 90, Maka di zaman tu jugaklah dunia menyaksikan zaman kejatuhan gergasi Asia, Malaysia !!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...