Oct 16, 2012

1 Selasa.

Cepat benar masa berlalu. Bila umur dah meningkat, hari-hari yang di lalui terasa pantas benar meninggalkan aku. Mulai tahun lepas, aku sudah punye satu aktiviti wajib untuk bermain futsal pada malam sabtu. Bersyukur, kerana punyai aktiviti riadah sehat untuk di luangkan dengan kawan- kawan.

Tapi kerana futsal juga hidup aku telah mempunyai satu penanda aras masa yang kejam. Baru aku rasa macam semalam main futsal, perit jerih aku menendang bola belum lagi hilang, otot-otot karat aku pun belum pulih dari kesan sepak terajang orang, kini, bila aku belek kalendar sudah hari selasa. Pantas benar. lagi 2 hari nak jumpa jumaat lagi, dan futsal yang memenatkan.

Macam biasa, hari selasa bangun pagi dan bekerja, balik kerja singgah jap ke DOUBT sebuah kdai bundle jepun, yang sangat rajin aku pergi. Kedainya terletak depan Bukit Jambul Mall. Hampa. Tak ada apa yang berjaya mencuri hati aku untuk hari ini. Melangkah keluar hujan mula rintik- rintik. Dengan berbekalkan bju sejuk hitam aku, aku redah sampai usm. Dengan harapan hangat, ingin melihat harimau malaya berjaya menumpaskan Hk malam ini -

Tolonglah. Tolonglah. Ranking itu penting wahai Rajagopal weh.

1 comment:

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...