Mar 24, 2013

2 Komik

       Komik merupakan identiti aku sebenarnya. Ya, memang benar sekali aku sangat menggilai budaya membaca komik sedari kecil. Komik Jepun atau komik Hong Kong sama sahaja aku suka. Komik buatan tempatan pula punyai nilai klasik dalam diri aku sebab selalu aku baca kat kampung Sri Gading dulu dulu ketika kampung aku itu meriah dengan segalanya.

Masa kecik aku didedahkan kepada budaya ini dengan membaca komik bersaiz sangat kecil dan tersampul dalam plastik jajan berwarna hitam. Matang pengisiannya, selalunya komik seperti ini mengetengahkan judul-judul berkisarkan penyiasatan dan pembunuhan. Sekarang aku tak pernah jumpa lagi. Kemudian pula, aku mula mengenali komik HK ketika aku mula mahu memasuki alam sekolah tadika, apabila abah membelikanku 2 naskah komik HK karya Tony Wong berjudul Dendam Kesumat di Air Hitam.

Komik Dendam Kesumat. Watak Hang Nawa.

Hang Nawa, Devilito, dan Sang Lir Sari merupakan watak pujaanku. Jalan ceritanya memang berbelit-belit dan menggemparkan. Komik HK pada zaman aku memang TOP. Sekarang tidak lagi. Walaupun komik Pedang Setiawan masih lagi wujud dan meleret-leret pula ceritanya, seperti keras hati untuk menerima hakikat bahawa zaman mereka sudah berakhir. Berlainan pula dengan komik Jepun, komik jenis ini terus popular sehingga kini. 

Mutiara Naga atau Dragon Ball memang popular, tapi aku selalu amek haluan kiri, makanya komik pilihan aku masa kecil adalah Misteri Naga. Dulu aku tak tahu pun komik ini adalah adaptasi dari game Dragon Quest, maklumlah dulu tak boleh nak Google bagai. Masa tu jugak aku mengenali Kung Fu Boy/Anak Sateria, yang sehingga ke saat aku menulis ini aku masih mengumpulnya. Selain itu banyak lagi komik yang aku sangat minati misalnya GTO. Lejen nih. Memang lejen.

Daripada hobi ini, aku mula berjinak-jinak menghasilkan komik masa sekolah rendah. Banyak jugak komik yang aku hasilkan macam "The Bad Day, Power Man, Jaguh Bola Sepak, Mad Warrior, Kamen Rider Black, World War, Enormity Fighter", dan paling lejen adalah "Dendam Membara" yang tentu sekali berinspirasikan Dendam Kesumat !!!! Semua komik ini masih dalam penjagaan rapi aku, cuma kena selongkar balik stor kat umah aku jek. Tak tahulah sama ada warna pensel aku dah luntur ke belum. Dah nak dekat 20 tahun dah pun usianya.

Selepas itu, naik ke alam sekolah menengah, semangat aku mula pudar sedikit demi sedikit walaupun ada juga menghasilkan 2-3 komik tapi aku dah pun lupa apa tajuknya. Walaupun pernah dibayar untuk menghasilkan komik untuk rakan aku, Kaduk. Setiap hari aku dapat royalti makan kan koperasi dari beliau kalo aku update komik aku. Hahaha. Precious time.

Sekarang aku dah tertinggal terus budaya menghasilkan komik -setiap malam dok meniarap kat bilik melukis sambil tersenyum ini-. Yang tertinggal hanyalah kesan daripada melukis terlalu banyak iaitu - Rabun-. Walaupun pada zaman sekarang komik seperti One Piece, Naruto dan Bleach sangat popular. Tetapi ia belum lagi dapat menjana semangat lama aku. Lagi pula sudah tak de lagi budaya membaca macam dulu. Pergi sekolah bawak komik, lambakkan atas meja masa cikgu takde, secara random baca mana yang ada, Cium-cium bau print karbon yang kuat, baca sampai jari kita pun jadi wari hitam. Sekarang zaman IT, baca online. Segalanya online. Komik pun kurang feel.

Komik online ini tak boleh dihidu bau kertasnya, tak boleh di belek helaiannya, macam jasad yang tiada roh, di mana letak perasannya ? Aku hanya boleh mengeluh, Ntah ntah aku sendirik yang degil dan tak dapat terima kemajuan macam komik Pedang Setiawan yang meleret-leret.

Huh

2 comments:

  1. hahaha, dah berak hehehe, timbus jamban kau, best gak citer kau ni yer

    ReplyDelete
  2. sbnr nye aku mint sgt komik2 ni mse kcik2 dlu.. tp mse tu mne ad duit nk beli komik. mahal rase nye walaupn just 1.50 , 1.20sen, rase mhl sngt. dlu payah nk carik duit wei heheheh

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...