Feb 14, 2009

2 Go go Power Rangers


Kita kembali semula ke dunia tokusatsu ..kali ini aku nak kupas pula tembelang tokusatsu versi Amerika yang lebih child friendly, miskin footage,muzik op kayak skema,para rangers yang berbilang kaum,dan mempunyai spin off2 yang di sahkan fail:teenage mutant ninja turtle ngan saban masked rider.(wtf are they thinking??)

Nah..tapi jangan anda cuba main wayanglah,anda mesti suker gak kan tatkala anda masih lagi berhingus kuning kelat dahulu..mesti salah sorang daripada anda yang sedang membaca post ni ada yang pernah membeli kapak power rangers hitam/Zack identiti manusianya ataupun mana-mana robot mereka setelah berguling-guling merayu menagih simpati ibu bapa ....psst,aku banyak kali wat taktik tu tapi tak pernah success!!! ......shhhhh


So....kalo anda nak taw,mmpr(mighty morphin power rangers) ini di ambil dari siri super sentai Jepun iaitu Gosei sentai Dairanger,dowang just switch kan storyline ikut selera suci rakyat amerika.Nape aku kata selera suci????
-kerana mereka telah mengharamkan footage2 yang mengandungi letupan,keganasan terlampau yang terkandung pada siri asal walhal merekalah negara yang menjadikan peperangan sebagai resam kehidupan seperti layaknya kita men bola petang2 ngan gol kecik tanpa keeper bak kata Karim.
-membuang scene yang ada berbaur nafsu berahi walhal business adult movie yang terbesar datang dari negara mereka(bukan statistik sebenar)
-Parents committe dowang bising dok sibuk cakap siri ini terlalu violent macamlah dowang negara yang mengamalkan dasar lemah lembut serta saling menghormati.

Ahhhhh....aku peduli apa kan,janji aku nak tengok Jason(merah),Billy(biru),Kimberly(pink,bajet hot la dulu tengok minah ni),Trini(kuning,R.I.P),Zack(hitam) beraksi side by side ngan robot over bulky dowang, megazord !!!!!(go go power rangers~lagu tema mmpr di mainkan)

Tapi aku suka power rangers hijau.Tommy/Thomas Oliver yang mula2 kemunculan kononnya beliau berperwatakan jahat tapi kool telah berjaya menarik perhatian aku.Mamat ni telah muncul sebanyak 7 season siri power rangers,last skali siri Wild Force sebagai pejuang berwarna hitam.Kiranya beliau ni legend power rangers la di Amerika sana.

Tidak lupa gak pakcik bodyless skinhead iaitu Zordon serta robot mulut tempayan, alpha-5,serta para villain nya seperti makcik kebayan Rita , ngan Goldar yang cambest.

Trivia
-Aku jeles ngan kawan aku masa kat sekolah rendah dulu sebab dia ada serunai si Hijau yang berupaya menyeru kelibat dragonzord ngan sepintas irama yang sampai skarang masih sebati di jiwa aku
-pernah bermusuhan ngan kawan aku masa darjah 3 sebab dowang menubuhkan team mmpr sedangkan aku ngan Azhar,Hanapi berserta Amir bukan Mikel, menubuhkan team Maskman Dragon.
-menghantar Hanapi sebagai "spy" ke dalam team dowang untuk mengancurkan dowang dari dalam.
-jelesnya aku,team dowang ada pempuan,Mimi sebagai pink dan yasmin selaku kuning....aku semua jantan belaka..
-ketua dowang yang sering memakai stokin busuk dan menampilkan imej solleh bersongkok semata2 berhajat agar di lantik sbg ketua darjah iaitu Mursyidi telah memiliki seutas jam tangan mmpr yang membuatkannya di segani di kalangan pelajar berkasta rendah seperti aku.
-aku cuma ada topeng mmpr merah jer,tu pun aku wat sendiri pakai cardboard.
-aku pernah wat komik 'tk team aku maskman dragon,siap aku wat lagu tema....ahhhh,fantasi kanak2,biaselah....segala2nya bersemangat.
-acap kali waktu rehat kami akan bertempur ngan team lawan diketuai Amir bukan mikel,of course, team kami hebat....cuma kalah ngan pempuan jer.damn!!
-Pernah dulu kat M'sia heboh ngan penggunaan phrase "morphin" yang digunakan oleh mmpr katanya itu adalah sejenis dadah yang kita sedia maklum, tlah digunakan untuk transform, dan diguna tk meracuni pemikiran kanak2 islam.....aduss,complicated nya pemikiran orang2 tua di negara kita.
-aku lum pernah tengok mmpr the movie .....sengal punya aku
-mmpr the movie pernah tercalon dalam rancangan Cinema,cinema,cinema yang mengupas ranking filem2 top hollywod di tv 2(ow ow,we'r in trouble~lagu tema mmpr the movie oleh shampoo)
-siri pas season 1 start ngan ninja rangers sampai skang aku butuhkan sebab~ya, sebab aku minat Jepun-so childish punya aku
-Aku tak suka versi Amerika


Maka ngan ini,tamatlah sesi power rangers yang pernah menggemparkan dunia kanak2 kita pada masa dahulu,di sini aku meminta jasa baik rakan2 daku skelian,sila lampirkan komen anda berserta power rangers kegemaran anda....

p/s:naseb baik apan dulu lum knal erti nafsu ,kalo tidak pasti beliau akan terkesima ngan titisan peluh kimberly /pink tiap kali beliau berpeluh melakukan aksi gymnas nyer..gyagyagya ......

2 comments:

  1. aku terpaksa kate aku pilih hitam...
    sebab aku mase tu belum ade adik...so abg sulong aku da amek merah, abang no2 aku plak da rembat biru...so aku terpaksa jadi nigga...klu aku nyah...aku nak pink...nak bagi apan stim sbb brpeluh2....

    ReplyDelete
  2. aku nak pink jugak..
    sebab die nyum nyum dari yang lain..
    boleh tak abg kesatria?

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...