Feb 11, 2009

2 Sang hati Suci:tribute to komik Hong Kong episod 1

Apa kena mengena ngan sang2 ni ...sang kelawar ,sang naga merah ,sang lir sari ataupun asang????nah ....inilah nama2 yang sentiasa menari2 gedik di setiap bibir pembaca bestari KOMIK HONG KONG menurut kata tukang karutnya bapak tony wong.

dari kecik aku da suka ngan komik hk,malah komik hk lah yang mula-mula sekali mengajarku erti ceritera aksi bergambar dalam kotak tersebut....ya,dendam kesumat.komik pertamaku yangku baca hasil nukilan tony wong seawalku baru mumaiiyizz.

nape aku minat komik HK:

1. Mempunyai hikmat2 yang xmasuk akal tp melampaui batasan kudrat manusia.CTH:
- hikmat jarum bulu lembu(wow,tajam gak bulu lembu rupanya)

2.Nama2 watak yang berbelit-belt. cthnya:
- Xiao ciang fei ,long jiang gui(melatih lidahku beraksi ngan baik)

3. Merapatkan aku ngan sastera cina alias cogankata.CTH:

"bumi tergempar kerana kuasa kembar,
langit terbelah kerana petir tunggal, >certain2 ayat aku da lupa
kenapa takut dengan adik beradik berempat
cahaya terang menghala ke 8 hala"

"musuh yang ketat akan bertemu di ruang yang sempit"

4. Aksi drastik mencengkam jiwa
- setiap episod pasti x lekang dengan aksi pertempuran yang meruntun jiwa ngan hikmat2 di luar jangkaan yang x kunjung habis ....

5.Posture watak
- jangan buat2 terkejut kerana hanya di komik HK sahajalah kita boleh melihat semua watak tidak kira lelaki perempuan orang tua kanak2 dan pondan sekalipun digambarkan ngan tubuh yang sasa,sumenye tough2 belaka

6.Imej watak
- yang jahat digambarkan terlalu jahat,yang baik pula kacak x hengat....ngan wajah yang rata2 seakan2 sama bak mempunyai bau bau bacang namun hanya di bedakan melalui alunan rambut yang berbeza menyebabkan aku kelu

7.Poster komik yang disertakan ayat2 pujian melambung tinggi
- semua poster komik HK pasti akan di selitkan ngan ayat2 yang menyebabkan keraguan aku sangat tinggi lalu terbeli komik tersebut.CTH:
"dapatkan Wira Tunggal di pasaran sekarang,sebuah karya terulung dan mempunyai jalan cerita
yang terhebat serta aksi yang yang x kunjung habis"

semuanya terhebat2 belaka

8. Jalan cerita yang berbelit2
-aku x taw knapa pencipta dowang suka cakap sebab musabab komik mereka harus di baca adalah kerana jalan cerita mereka yang berbelit2.mungkin kerna alasan ku di no 2 dan 3 sudah cukup me-explain-kan segalanya ..walhal plot yang di hidangkan tetap sama ....gadoh gadoh gadoh,seperti menyokong teori bahawa hanya ngan pertarungan sahaja sesutau penyelesaian itu baru boleh di kecapi.

9. Komik berwarna
-wow,ni yang best ,setiap helaian komik disertakan ngan warna2 yang amat dramatik fantastik lagi2 yang rajin seperti komik cakar sakti yng di hasilkan melalui warna air bukan warna digital

10. Sebab kata2 tony wong
-dalam ayat2 nya ada menyebut:
"amat beruntung para pembaca yang bestari kerana dapat menikmati jalan cerita yang sangat mendebarkan ini"
-wow,aku bestari siot.



wow....udah panjang lebar aku berbicara dan ternyata ulasan aku juga berbelit-belit bak kata pencipta komik Cakar sakti setelah di ajukan satu soalan yang gempar:

Soalan:Apakah kelebihan komik Cakar Sakti ciptaan tuan berbanding komik cakar Buddha?
Jawaban:ini kerana Cakar sakti adalah lebih hebat dari cakar Buddha

jawaban yang simple ,meragukan dan penuh thrilllll..
-Komik hk yang aku kumpul skang adalah pendekar misteri dan cakar sakti
-paling minat adalah dendam kesumat
-pernah cuba nak kumpul tp sekerat jalan(anak2 wira ngan nik n byk lagi)

komen:aku skang nak buat satu balik kuang di udara untuk melarikan diri dari dunia pendekar ciptaan Munzir yang menggelarkan dirinya sendiri ngan nama.... "Sang Hati Suci"



....................tribute to Tony Wong,HK comics legendary..................






2 comments:

  1. ahh butuhlah guna warna air...terang-terangan pkai photoshop....hikmat melintangi batang betol la ko ni...

    ReplyDelete
  2. gyagyagya....aku yakin..maafkan keyakinanku

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...