Sep 1, 2009

4 CHE:PART ONE

Che :part One

Che: merupakan sebuah filem autobiografi yang memerihalkan kisah seorang pejuang revolusi yang kini menjadi ikon fesyen dunia setelah kematiannya yang cukup "kool"(oh ya?adakah mati itu boleh di kasta2kan,uh)setelah beliau di tangkap di Bolivia ketika beliau terlibat dengan konflik revolusi di negara tersebut.

Setelah menonton bahagian pertama filem ini(untuk pengetahuan saudara,filem ini berdurasi 4 jam dan di split jadi 2 part),penghayatan aku di ambang kemerdekaan Malaya semakin memuncak sehingga membawaku ke Gurney Plaza untuk menghayati buku-buku sejarah mengenai Malaysia terutama sebuah coffe table book history of Malaya yang memaparkan foto2 lama perang yang 2/3nya tidak pernah langsung ku lihat.

Benar.Orang kita dulu susah.Nak merdeka..nak merdeka,banyak rintangan dan dugaan perlu ditempuh dan harus di rempuh..tertubuhnya bandit atau komersialnya bintang tiga disusuli dengan angkatan gurkha(nak lebih spsifikasi boleh ajukan pertanyaan kepada Mikel)telah memberikan impak yang lebih hangat terhadap perjuangan pembebasan Malaya pada waktu itu.

Sejak merdeka malah tertubuhnya Malaysia pada 1963..ke manakah arus warga kita telah di bawa pergi??Barat menjadi kiblat??oh,bukankah itu semua terjadi di mana2..eh,kan kita ada budaya sendiri..lepak dan rempit(rakanku kata bilalah mat saleh pulak nak ikut terjebak ngan budaya rempit,kat Jerman dah ada Honda EX5 pun katanya,rempit bila lagi?)

Adakah sebenarnya kita perlukan sesorang yang benar2 radikal untuk mengubah semua ini,seperti Che Guevera sehingga beliau berjaya dalam revolusi di Cuba bersama fidel Castro ??

-Tidak .ianya terlambat.perjuangan itu harus dilancarkan sebelum sesuatu itu tertubuh.....dan bagaimana kini??kini di tangan kita.Kita.. akan mencorak dan mencipta masa hadapan.

KITA AKAN BERJAYA JIKA KITA TAHU APA YANG KITA PERJUANGKAN
AYUH BASUH TANGAN DOSAMU

P/s:tengoklah citer ni..bukan untuk mengagumi naratif,perjuangan malah Che Guevara itu sendiri tetapi untuk kita bertanya kepada diri kita sendiri agar kita lebih menghargai pejuang bangsa kita terlebih dahulu sebelum mengagungkan orang lain.Kita juga seperti mereka.
Kita punyai ramai pejuang bangsa yang realitinya disisihkan ,dan ironinya luput ditelan zaman ....



4 comments:

  1. tak perlu radikal...jom ramai2 kembali kepada Islam...yakin Allah akan membantu...

    ReplyDelete
  2. yes....itu sudah pasti,Insya-Allah

    ReplyDelete
  3. mana nak dapat cerita ini...teringin nak tengok...

    ReplyDelete
  4. hakikatnya Che Guevera hanya dipergunakan untuk survival politik fidel castro...

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...