Sep 2, 2009

2 LASKAR PELANGI


Berikut merupakan sedikit ulasan naratif mengenai filem hebat ini yang disempurnakan secara keterdesakan dan paksaan yang akhirnya melahirkan keikhlasan ..

Adapun filem Laskar pelangi aslinya dari novel Indonesia berjudul sama(novel oleh penulis Andrea Hirata) dan diarahkan juga oleh anak watan Indonesia itu sendiri iaitu sutradara Riri Riza ini telah di lancarkan tanggal 25 September 2008 serta berdurasi sepanjang 125 minit dan ternyata berjaya menghasilkan sebuah fenomena perfileman di seantero Indonesia khasnya dan di alam nusantara amnya di mana Malaysia juga menunjukkan penerimaan yang positif terhadap filem ini malah juga segala material yang terhasil daripada laskar pelangi seperti novelnya,malah juga album ost-nya terutama sekali lagu berjudul laskar pelangi dendangan kumpulan Nidji yang kian gah merajai carta-carta muzik semasa tidak kira di Malaysia ,apatah lagi di tempat asalnya-Indonesia.Malah karya ini juga diangkat oleh pengkritik-pengkritik filem yang lainnya lebih kuat daripada pesaing rapatnya-Ayat-ayat cinta yang juga berasal dari novel sebelum diadaptasi ke filem.

Belitong,sebuah wilayah ataupun province yang terletak di Indonesia ,mundur dan masih menghijau ,dan hanya tercalar sedikit dengan pecerobohan manusia terhadap alam di mana timah menjadi sasaran utama ,sebuah wilayah antara terkaya di Indonesia namun miskin telah menjadi latar di filem laskar pelangi ini.Tahun 1974 menjadi taruhan permulaan cerita,potret gigih kehidupan 11 pelajar asli belitong bersama guru-gurunya di sekolah agama S.D Muhammadiyah yang kian dipersisihkan dari masyarakat belitong kerana kemunculan sekolah-sekolah lain yang lebih kovensional dan lengkap,ya..S.D Muhammadiyah masih teguh bediri walau hanya di hiasi atap-atap yang ditembusi air ,bocor akibat hujan,teguh berdiri atas dasar agama ,keikhlasan dan pendidikan.

Konsep filem ini unik,iaitu cita-cita dan pedidikan ,untuk pandai perlu belajar,untuk Berjaya perlu usaha menjadi tema cerita ini selain keinginan anak-anak belitong melangkaui kemiskinan serta mempunyai cita-cita sendiri.Mereka mahu melepasi tanggapan klise masyarakat setempat bahawa anak kuli selayaknya jua akan menjadi kuli sahaja.filem ini bermula S.D Muhammadiyah membuka pendaftaran kepada anak awam di mana syarat telah diperkenakan kepada sekolah bahawa mereka perlu mencukupkan 10 orang pelajar sebelum layak untuk di iktiraf oleh kerajaan sebagai sekolah yang layak beroperasi.Pak Harfan dan Ibu Muslimah,insan mulia penggerak bangsa menjadi pendidik di sekolah ini selain Bakri.Pelajar pertama yang hadir mendaftar adalahLintang anak nelayan yang ketiadaan ibu dan datang jauh muncul memberikan sinar harapan kepada sekolah itu.selepas itu satu demi satu pelajar hadir ditemani oleh ibubapa mereka dan rata-rata merupakan orang miskin yang punya wawasan untuk mencorak hidup.Pelajar ke-10 yang ditunggu tidak jua kunjung tiba,mujur setelah mereka hamper berputus asa,harun pelajar istimewa dating melengkapkan insitusi pendidikan di S.D Muhammadiyah.

Pelajar-pelajar tersebut adalah Ikal(pe-monolog,tukang cerita dalam filem),Lintang(matematik minatnya),mahar(bijak seni) ,Sahara,harun,Ah Kiong,Syaha dan Kucai,borek@samson (citanya bertubuh sasa)serta Trapani dan menyusul di pertengahan cerita iaitu Flo,anak orang kaya menjadi pendukung cerita ,pentas untuk mempersembahkan kegigihan anak jati Belitong.
Basikal tua menjadi subjek pengangkutan penting yang sering dipertonjolkan sebagai alat pengangkutan khas bagi anak-anak ini ke sekolah dari rumah mereka yang jauh terutama Lintang yang datang seawal pagi dan perlu melepasi laluan buaya yang banyak dijadikan latar dalam file mini.Flora serta keindahan alam juga menjadi peneman dalam filem ini di mana terbentuknya keindahan pelangi setelah hujan lalu disaksikan penuh takjub dan kesyukuran oleh anak-anak ini sehinggakan keasyikan mereka telah di ajuk oleh ibu muslimah sebagai Laskar Pelangi yang juga menjadi judul filem ini.Permulaancerita dipenuhi ngan kebahagiaan,gelak tawa dan bagaimana anak-anak ini mengharungi hari-hari mereka dengan cara mereka yang tersendiri diselang seli dengan sesi pembelajaran oleh ibu muslimah,pak harfan serta bakri,guru-guru mereka.ini termasuklah kisah lucu bagaimana Ikal jatuh cinta terhadap Ai Ling,sepupu kepada Ah Kiong ,juga anak kepada pembekal kapur di mana Ikal sering kesana untuk mendpatkan bekalan kapur untuk sekolahnya.Juga diselitkan kejayaan mahar dalam membawa pasukannya berjaya dalam carnival di mana tariannya telah membawa sebutir trofi kemenangan kepada sekolahnya yang seterusnya di simpan dalam sebuah almari kayu khas diberikan oleh kerajaan pusat atas kejayan sekolahnya.Terdapat juga kisah di mana mereka percaya akan tahyul lalu memudik ke pulau lanun untuk berjumpa dukun sakti bagi membolehkan mereka mejadi lebih pintar.

Konflik cerita ini bermula setelah bakri ,salah seorang guru ingin berhenti setelah mendapat tawaran ke sekolah lain yang lebih lengkap dan mempunyai prestasi yang lebih baik.ibu muslimah menerima tamparan yang hebat ketika itu kerana beliau terpaksa jua untuk mengajar seorang diri atas cita-citanya menjadi seorang guru.Konflik cerita ini juga sedikit sebanyak berpaut kepada kesusahan hidup anak-anak ini yang jauh untuk ke sekolah,tiada wang untuk membeli kelengkapan belajar dan buku untuk di baca namun telah mereka harungi atas semangat yang sama iaitu ingin berjaya.Konflik semakin meruncing apabila pak harfan yang awal lagi dikhuatiri sakit oleh ibu muslimah kerana disedarinya wajah pak harfan yang pucat telah meninggal dunia.kini hilang lagi tulang belakang SD Muhammadiyah .Ibu Muslimah terduduk layu,beliau merajukkan diri dengan berkabung selama 5 hari sebelum pulang setelah di pujuk oleh Pak zulkarnaen.Di sepanjang masa itu,anak-anak tersebut tidak pernah putus asa untuk belajar sendirian tanpa bimbingan bu muslimah.konflik yang kian meruncing iaitu kematian ayah Lintang setelah pergi ke laut di selang seli dengan kisah kejayaan sekolah mereka di pertandingan Cerdas Cermat dan yang lebih penting kejayaan kepada lintang itu sendiri sebagai seorang pemikir cilik matematik di mana Pak Mahmud yang meminati bu muslimah telah menyelamatkan sekolah mereka dari kekalahan lalu mengangkat kecerdasan lintang.konflik kian meruncing setelah Lintang dapat tahu ayahnya meninggal.lintang yang ketiadaan ayahibu perlu menyara adik-adiknya dan kepuusannya untuk berhenti belajar cukup memberikan kesan kepada kawan-kawannya di SD Muhammadiyah.lintang memgumumkan pemberhentiannya secara rasmi sejurus selepas berhari-hari tidak hadir ke sekolah.konflik lain adalah sekolah tersebut yang berhadapan dengan masalah tidak punya lagi pelajar yang ingin mendaftar setelah tahun kemasukan ikal dan kawan-kawannya,namun setelah kejayaan di carnival,harapan itu sedikit kembali.

Klimaks plot atau kesudahan plot adalah apabila perubahan waktu kepada tahun 1999 di mana ikal kembali ke belitong sebagai seorang pemuda yang berjaya dan citanya ke Paris menjadi nyata setelah beliau mendapat tajaan biasiswa untuk ke sana.Kejayaan ini di kongsi bersama rakan rapatnya ,Lintang,yang masih menjadi pemuda kampung dan masih meneruskan legasi impiannya kepada anaknya agar mencapai cita seperti Ikal.Filem ini di sudahi dengan konsep reality kehidupan di mana tidak semua itu pasti Berjaya dan di lengkapi dengan naratif kesinambungan di mana usaha itu perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat seseorang itu.




p/s:sekuel filem ini iaitu sang pemimpi akan di lancarkan pada bulan Disember


2 comments:

  1. buat semuanya..

    last2 tak payah antar, tak payah buat pun.

    ang buat pahala lebih bulan posa ni.

    keh keh keh.

    ReplyDelete
  2. "Thanks Melyurepublik,at least kau menyaksikan kegigihan aku,doakan aku success semester ini,dan thanks"

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...