Aug 4, 2010

0 TAKKAN PATTANI HILANG DI DUNIA

"Jogho mengisahkan kehidupan Mamat yang berasal dari Kelantan yang telah berpindah ke selatan Thailand untuk memulakan penghidupan baru dengan bekerja sebagai pelaga lembu atau lebih dikenali sebagai jogho"

Ya,sedikit terlambat untuk berbual pasal filem hebat dari adaptasi novel ini..yang dilancarkan pada tahun 1999 dan mendapat liputan yang sangat kecil ruang lingkupnya di bumi kita sendiri.Kredibiliti U-Wei dalam pengarahan filem tidak dapat di sangkal lagi dengan lambakan filem-filem hebat beliau yang anti-komersial seperti Kaki Bakar,Perempuan Isteri & Jalang serta banyak lagi .Filem-filem ini di angkat di luar terutama pada majlis-majlis pengiktirafan filem peringkat antarabangsa namun di pijak di negara sendiri.

Aku baru sahaja menonton semula filem ini,kebetulan pula di tayangkan sebagai pembelajaran dalam kelas."laga lembu tu sama seperti politik"ujar Mamat dalam filem ini amat sinis dan berkesan,paling kurang sampai terkesan dalam hati aku yang masih kebudak-budakan.Aku bertempik secara halus..dalam diam..di campur aduk dengan permasalahan masyarakat Pattani di Selatan Thailand yang di garap dengan baik telah berjaya membawa penampakan visual terhadap apa yang berlaku di sana.Ya,memang tidak pernah aku menjejaki tanah itu,yang dahulunya milik melayu..orang melayu.

Khalid Salleh
berjaya mendukung wataknya sebagai Mamat dengan sangat berkesan."Aku orang perjuangan..",ayat yang sering di tekankan oleh watak Mamat yang sebelum menceburi bidang laga lembu,sangat aktif berpolitik ."Hutang darah dibalas dengan darah"pula bagi aku sangat sinikal dengan persekitaran melayu.Frasa inilah yang mencorak segala plot dalam filem ini,membawa penonton pada pe-awalan cerita hinggalah kepada klimaks penceritaan-puncak plot.Aku puas .Puas di sajikan dengan filem melayu hebat sebegini dan tidak sabar rasanya menanti Hanyut,filem arahan U-Wei yang terbaru.

"Takkan Pattani hilang di dunia"ungkapan ini mengakhiri paparan filem.Juga meninggalkan aku dengan seribu harapan..persoalan yang tidak mungkin berpenghujung.....

Di kesempatan itu juga,aku nak recommend sebuah filem hebat dari Jepun untuk ditonton..slow-pace filem tetapi penuh dengan norma-norma keindahan.Must Watch!!!!


p/s : geng-geng tengah gila game perang perang..call of duty menjadi makanan diorang,aku tumpang gembira melihat mereka..world at war in my fuckin' room !! o yeah.tatatatat !!aku x main pun !!!!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...