Malam itu kami makan dengan lahapnya di kedai yang selesa untuk kami kenali dengan nama "Pak Hussen Rival" ,already forgotten about the date but that nite adalah the very special nite for our birthday boy,ASANG atau nama penanya KAPPA atau juga SHAKY boy.Sejurus tiba di sana,setelah aku sebagai pemandu pelancong tersesat jauh,kami menuju ke kawasan makan bersila dan mulalah kami mengamalkan adat melayu paling popular,iaitu cuba mengorat pelayan kedai makan melayu yang manis berpakaian seragam kebaya ala-ala pramugari MAS .Mulut ASANG berlumba-lumba mengeluarkan bunyi-bunyian seperti dubuk..memanggil pelayan kononnya.
Sejam berlalu ,ruang legar tempat kami makan pun sudah dipenuhi asap rokok ,tanda puasnya sesi makan tadi.Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini iaitu kroni-kroni DON,maha pailang ,ketua sindiket kami dan di antara pencacai-pencacainya adalah NIK,MAN,AZHAR,CHONG dan juga aku .Siakap 3 rasa 2 set ,tomyam seafood dan nasi untuk 10 orang menjadi santapan buas kami semua, di sajikan pula dengan minuman tembikai dan sirap limau yang ....yummm!!marvellous !!
Selepas itu kami ke karaoke ,melantak masing-masing ingin membuktikan mereka punya aura seorang rock star,15 lagu menjadi penyeri malam ,peneman bila perut masing-masing telah membuyut beberapa CM ke hadapan dan pertumbuhan paling ketara dapat di kesan pada budak hari jadi kita,ASANG..dan aku hanya berteman sepi,natijah kerana makan terlalu turutkan nafsu.DON pula kelihatan terkumat kamit apabila lagu kegemarannya Kamelia oleh SweetCharity di putarkan.
Malam itu kami pulang dengan puas.Seronok dek dapat membuat ASANG si Shaky senyum sokmo walaupun kami hanya menghadiahkannya kek coklat tesco dengan hanya sebatang lilin dan tanpa pisau kek.
Sedang kami berseronok ,tiba-tiba ,apabila kami pulang menjejakkan kaki ke kediaman kami ............................
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Tahi Anda