Nama Saya Ho Wi Ding ,saya bukan agen jualan langsung. |
Berusia 39 tahun ,dan berasal dari Muar,Johor ,beliau telah memenangi anugerah Best New Director pada Golden Horse Film Festival yang diadakan di Taipei baru-baru ini menerusi 1st filemnya ,Pinoy Sunday .
Pinoy Sunday Poster |
Gua tahu orang cina agak sukar untuk berjaya dalam industri kita walhal hakikatnya tycoon dalam industri kita tetap dipegang oleh kaum cina ,tidak lain dan tidak bukan adalah David Teo.Tapi dia bukan orang filem ma ,dia businessman.Tapi tak apalah ,terima kasih juga sebab menghangatkan lagi persaingan filem di local industries kita yang semakin hangat semenjak wujudnya label bajet bagus Dr Movie Production yang belum hapa-hapa dah claim label filem paling terunggul di Malaysia.Apapun korang buat industri kita kembali bernafas.Oh ya ,James Lee pun sukar nak menembusi aliran perdana dalam industri ,hanyalah melalui filem Histeria ,menang award pun kat luar negara.Gua rasa lambat laun belah jugak dia p Taiwan ka Hong Kong ka macam Ho Wi Ding yang berkelulusan New York University dalam bidang perfileman dan sekarang bertapak di Taipei.
Korang harus tahu ini juga ,sebelum ini Ho Wi Ding telah mengharumkan nama Malaysia dengan filem pendeknya ,Respire yang telah memenangi anugerah short film terbaik pada Cannes Film Festival 2005.Nak kata apa lagi ,mamat ini betul-betul berbakat besar dan Malaysia hanya memandang bakat seperti ini dengan sebelah mata.
Tapi tak pelah ,kita dah ada Syamsul Yusof .Pengarah terbaik kita tu !!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Tahi Anda