Nov 21, 2010

0 Siapakah Lin Mun Poo ?




Lin Mun Poo ,32 ,seorang warganegara di bolehland ini. memang stail ,memang boleh semua .Beliau berjaya menempatkan nama nya di mata dunia ,dan progress nya boleh dikatakan lebih agresif daripada perkembangan DDR dengan 2 Alamnya.At least ,Lin Mun Poo ini berdiri atas 1 alam jer ,iaitu realiti dan namanya terkenal di US sana.



Aktivis sosial ke dia ini ?Pejuang propa politik kah dia ini ?Atau pun dia ini pelajar genius yang mendapat straight 30 A1 dalam SPM ?Tidak bai,tidak.Beliau lebih dari itu.Beliau lebih bijak untuk itu semua.Beliau melanggar undang-undang..dengan cara yang cukup stail.At least bagi aku .So ,apa perbuatan beliau yang stail tersebut ?Hacker bai.Hacker sedunia.

Lin Mun Poo telah ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dan dihadapkan di mahkamah juri.Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat AS di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.


Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat,” kata pejabat Peguam Negara AS.

Tak cukup lagi ,Ketua Perkhidmatan Perisikan Amerika , Brian Parr , berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang ‘mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif .Pergh ,sapa kata US tu kebal.

Akhir kata ,perhatian kepada sedara  Lin Mun Poo ,sila pantau pula kejayaan membanggakan rakyat negara jiran kita ,Indonesia yang telah berjaya menggodam laman sesawang kelab bola sepak tersohor Malaysia ,Johor Fc iaitu johorfc.net sehinggakan laman tersebut sudah terhapus.
Mungkin diorang Hacker yang ikhlas ,buat kerja bukan untuk duit tapi sebagai aspek nasionalisme kot.Haprak weh.




Stail ?Malaysia boleh. 





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...