Gua korban menjadi wakil supaya boleh menonton dengan lebih dekat filem 2 Alam yang disebut-sebut DDR (Datuk Dr.Rozmey)..idola kita telah pecah panggung dengan kutipan 40 Juta atau lebih serta beridentitikan Melayu ,Cina,India serta etnik-etnik lain.Malam ini RM 10 gua memang khas untuk perjuangan perfileman kamu DDR ~
Poster 2 Alam |
Courtesy dari fan photo facebook of kami tak suka Dr Rozmey yang angkuh |
Bersama Khairul Akmal ,juga Syazwan Tendot..,kami memberanikan diri menghadapi tohmahan atau segala macam kehinaan untuk semata-mata menonton filem ini.Aku mengaku,sedikit malu untuk menunjukkan tiket untuk disiat pemeriksa tiket di entrance pawagam.Tapi aku gagahi jua.
Dalam pawagam,memang luas pemandangan .Cuma gua bertiga jer,sebelum 4 lagi individu menemani hari bersejarah untuk diri kami memasing .Ye, kami masuk dalam lipatan sejarah kerana datang menyumbang kepada filem Melayu yang mengaut keuntungan 40 juta atau lebih hasil air tangan luar biasa DDR .
Okay..kejutan pertama ,penggunaan montaj diri DDR sendiri pada label produksi beliau,DR Movie Production.Gua taklah terkejut sebab dah biasa tengok trailer filem tersebut.dah terkejut lebih awal.
Kejutan kedua,WTF kata beridentitikan Melayu,Cina ,India dan etnik-etnik lain ..namun maaf gua nak katakan,filem ini agak mendiskriminasikan bangsa lain.,sebab apa?sebab depa tak bubuh subtitle kat bawah.Ini asas bai.kalo nak filem ni pergi jauh kenalah bubuh.Kalo dok kata orang Jepun nak mai pawagam nak nonton,apa sepatah haram pun depa tak paham boh.
Kejutan ketiga,dialog pakwe si Amy(pondan) iaitu Heaven, Paradise, You are Hot, You are sexy...sampai ke sudah sebut benda tu jer.Bajet kool lah tu .Seksi la tu dok sebut lagu tu je.Pulak tu adegan beromen tepi tasek sampai kantoi ngan samseng haprak.Yang ini marvellous ,fabolous punya mistakes aku rasa dari segi naratif.Nak taw kenapa? korang tengok sendiri.Nak cerita pun tak sampai hati.
Kejutan keempat adegan flashback.Sial asek guna montaj yang sama.Gua rasa kalo dibuang semua adegan flashback yang guna backdrop sama nih mau tinggal 50 minit jer cerita !Lagi-lagi dia bubuh slow motion sampai 5-8 minit ,nak tunjuk berita Amy kantoi sebenarnya lelaki pada dada sokabar,depa bubuh lagu happy pastu tunjuk scene makcik beli ikan.WTF ,slowmo pulak tu !Keluar tahi hidung hijau gua ketawa.
Kejutan kelima,Amy ngan pakwe dia cakap nak kawen, 2 saat pastu scene Amy kawen ngan mat salleh.Pulak dah, pastu xda pulak mat salleh tu lagi,Amy ngan BF bingai bajet seksi tu ada balik,Gua rasa masa nak rakam dowang kawen,BF dia x dapat datang lokasi so produksi just take random people for the scene lah~Cincai sudaaa..kan ni filem dah pasti kaut RM 40 juta.
Kejutan ke-enam..adegan cintan cintun antara Amy dan BF dekat kolam renang dah macam video klip scoin da gua rasakan.nak cakap lebih gua tak reti.Filem ke video klip.nak kata art ,tak jugak.
Kejutan ketujuh.Climax point sebelum Amy bunuh diri.Patutnya masa ni gua sedih.tapi it turns out ,gua ngan individu lain ketawa besow punya.Gua berdekah sebab penyampaian emosi tersebut yang kaku dah macam tengok TV pendidikan,pulaknya tetiba masuk lagu Ramli Sarip !Tak kena bai.
Kejutan ke-lapan, tengah-tengah ketawa rupanya filem dah abes.Bapak sekejap gua rasakan.Diakhiri pulak dengan dialog si Amy yang berkata "nama aku bukan Adam,tetapi Amy"sejurus selepas itu juga kuar video klip Amy Search dengan menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman iaitu Salam Akhir.Sarkastik tak ?Amy -Amy search ?!hahahaha
Ini bukan filem ,ini cerekarama pun gua tak tau boleh lawan Cinta Si Penggali Kubur atau tak.Gua pun tak nampak mana hebatnya lakonan Aaron Aziz seperti dicanang-canangkan DDR .Jadi Ustaz, pastu berjalan je.Mana datang hebatnya?Character Development?Hancur.sebab tu gua tak dapat nak rasa sedih atau bersimpati dengan watak.
Kesimpulan,nasihat gua..bajet-bajetlah kalo nak target sampai RM 40 Juta.Siapa -siapa yang kata individu macam aku ni dengki dengan Melayu ,tanak support Melayu pun tak boleh jugak sebab aku selalu p wayang tengok filem Melayu termasuklah filem ini, tetapi DDR sendiri, janganlah memandang rendah minda orang Melayu dengan menghidangkan filem dengan kadar kualiti sebegini.Kita bukan tidak tahu menilai filem.Kalo nak target tinggi-tinggi sampai mengalahkan blockbuster Harry Potter ke LOTR ke,biarlah sejajar dengan kualiti filem yang dipersembahkan ~
Gua tahu couple kat seat belakang tu datang pun nak beromen jek.So cuma gua bertiga dan 2 lagi brader jer yang benar-benar datang untuk mengkaji sejauh manakah kebenaran betapa hebatnya filem 2 Alam ini !
Gua nasihatkan kat DDR, lepas ni beli kelab Manchester United .Pastu bubuh sponsor JM5 kat jersey dowang !
Sekian ~tengok kat panggung lagi dahsyat kesannya dari segi emosi daripada download secara tidak sah.so, tontonlah di pawagam ye , haha.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Tahi Anda