Dec 6, 2010

0 Reviu filem Narnia : The Voyage of the Dawn Treader



Malam 2 Dis 2010 ,Khamis ,merupakan detik bersejarah untuk aku apabila penantian aku untuk menyaksikan installment terbaru dalam siri kronologi Narnia ,Voyage of the Dawn Trader tercapai sudah.Alhamdulillah ,segalanya berjalan dengan lancar.Dengan mulut berbau bawang putih ,aku pergi menyaksikan filem epik ini.

      Malam itu ,penampilan aku agak istimewa ,dan boleh juga kata aneh (?) oleh kerana aku memiliki 3 pasang mata yang agak merimaskan .Mata sendiri ,cermin mata aku + spec 3D !....dan sekali lagi aku ulangi ,sangat merimaskan !Tapi aku salah juga sebab aku sendiri tak sabar nak menonton filem tersebut walhal sudah mengetahui implikasi yang akan menimpa diri.Mata aku sangat letih.Aku membenci 3D dan di sini aku ingin menyarankan-jangan menyaksikan filem ini dalam skima 3D !!

      Hal ini kerana terlalu sedikit paparan visual untuk kepuasan berformat 3D yang boleh menjamu "eye pleasure" audien.Ingat ,maksud 3D aku di sini adalah paparan visual 3D yang hanya boleh di lihat melalui spec 3D yang disediakan untuk membolehkan kewujudan "depth" di dalam visual dipaparkan ,bukan CGI.CGI-nya awesome apatah lagi dalam scene final battle dengan sea serpent.Si singa Aslan pula tidak perlu dipertikaikan lagi.Sangat awesome dan melihatnya muncul sahaja boleh membuatkan aku ereksi !!....dengan menggunakan 3D goggle tersebut juga ,audien akan mendapati lighting dalam filem agak kusam dan gelap.Ini filem bergenre fantasi ,bagi aku tone-nya kena cerah dan terang lagipun target filem ini adalah untuk hiburan keluarga.Tunggu sahaja format tayangan 2D yang akan menjengah pawagam pada 9hb kelak.sudah tentu ,aku akan menyaksikannya semula !

      Kali ini ,Edmund dan Lucy kembali ke dunia magikal Narnia tanpa Peter dan Susan,setahun selepas timeline di dunia sebenar dengan event dalam previous intallment ,Prince Caspian yang bersamaan juga dengan 3 tahun timeline dalam dunia Narnia.Kali ini anak-anak Pevensie muncul dengan sepupu mereka ,Eustace !!Baiklah ,menyentuh kepada acting style .aku admit lakonan Lucy agak lemah dan terbawa-bawa dengan reputasinya sebagai kanak-kanak comel 5 tahun lepas.Edmund lakonan Skandar Kaynes pula dilihat semakin matang ,begitu juga dengan Ben Barnes yang melakonkan watak Prince Caspian.Dia terlihat semakin selesa untuk melakonkan watak raja Telmarine merangkap King of Narnia ,kaum persis manusia yang telah memerintah Narnia selama 9 keturunan selepas berakhirnya golden era di Narnia ,merujuk kepada event selepas The Witch ,The Lion and The Wardrobe.Aku salute watak Eustace sebagai paling menonjol dalam siri kali ini di samping watak tikus 3D Reepicheep yang comel dan noble.Kenapa ?tengok sendiri.Untuk pengetahuan juga ,Eustace akan mejadi watak utama dalam installment Narnia akan datang.

      Storyline ?Prince Caspian ,dan krew kapal nya termasuk Eustace ,Lucy dan Edmund berlayar di dalam kapal Dawn Trader ke penghujung Narnia untuk mengumpulkan 7 pedang pernah digunakan oleh 7 lord berlainan untuk memulihkan keamanan ,and the rest .... sila tonton sendiri juga.

      Michael Apted yang telah mengambil alih tugas Andrew Adamson sebagai pengarah telah berjaya mendukung tugasnya dengan baik dan mengembalikan kegemilangan Narnia yang sedikit pudar dek kerana siri Prince Caspian yang banyak mendapat komen negatif sehinggakan Walt Disney telah melepaskan hak cipta pembikinan filem untuk siri ini kepada Fox.Namun ,Disney masih berhak ke atas hakcipta untuk 2 siri sebelumya iaitu The Witch ,The Lion and The Wardrobe dan Prince Caspian.Soundtrack pula cool.Masih menggunakan skor muzik siri sebelumnya dan itu cool untuk mewujudkan nostalgic feels dalam hati audien.Selepas 5 tahun ,aku rasa telah membesar dengan irama tersebut !

      Bagi yang belum tahu pula ,Narnia sering di kaitkan dengan isu christianity .Atau lebih tepat dengan fahaman Kristian .Aslan itu sendiri adalah faith kepada penduduk Narnia dan di dunia nyata dia boleh dianggap sebagai Jesus.Aslan country pula mungkin sekali adalah perumpaman kepada syurga.Anak-anak dari dunia nyata pula adalah sebagai utusan ataupun para nabi.Begitulah.Aku hanya menganggapnya sebagai sebuah filem dan aku hargainya sebagai sebuah filem juga ,sebuah fantasi epik C.S Lewis yang agung !!Jadi tontoninya dengan hati yang tenang sahaja !!!!

Fun & simply entertaining ,aku bagi 4.0 / 5.0 sebab aku die hard fan Narnia jadi akan berat sebelah sedikit.HAHAHA ~

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...