Mar 22, 2011

7 BECK : Live Action Film Review


6 tahun lepas, sekonyong-konyong aku merayau di kedai dvd/cd kegemaran yang terletak di The Summit, Batu Pahat iaitu BP Video bersama rakan aku, Irsyag, aku tertarik pada hiasan cover sebuah vcd anime dan di situlah aku mula mengenali Beck : Mongolian Chop Squad. Hasil pujuk rayu aku yang kering duit , dia pun belanja aku vcd tersebut ~

Aku tak tahu pun pada masa tu Beck adalah animasi yang diadaptasi daripada manga. Tapi lepas menonton dan melakukan sedikit ulangkaji barulah aku discover yang animasi ini adalah manga adaptation oleh Harold Sakushi yang telah dibukukan sebanyak 34 jilid. Untuk aku, animasi Beck adalah so awesome dan himpunan ost-ost animasi paling gempak pernah aku dengar kebanyakannya datang daripada Beck. Lagu Follow me, Moon on the Water, Love Dischord dan Face sebagai contoh ~ dan itu cerita 6 tahun lepas. 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2010, Beck telah direalisasikan kepada Live Action oleh pengarah Yukihiko Tsutsumi, popular dengan trilogy 20th century boys dan rentetan drama H2, IWGP dan yup, my all time fevret, TRICK !!!!!! - to mention, dalam filem, nama mongolian chop squad telah dibuang dengan hanya menggunakan Beck dan jangan tersilap dengan Beck Hansen.


Secara ringkas, Beck berkisar kepada konflik kehidupan watak utamanya iaitu Koyuki yang menjalani hari-hari yang membosankan sebagai seorang student high school di Jepun. Kehidupannya mula berubah apabila bertemu Ryusuke , seorang pencinta muzik dengan gitar Lucille-nya dan kemudian bagaimana band Beck tertubuh melalui nama anjing Ryusuke. Ini cerita bagaimana muzik itu mampu merubah dunia. Ini cerita terinspirasi daripada sisip rasa Woodstock 1969.

Plot filemnya ingin meresap segala inti yang terdapat dalam 26 episod animasinya. Cinta, konflik diri dan band serta bagaimana Beck dapat meneruskan perjuangan muzik mereka sehingga ke pentas Greatful sound ala-ala Glastonbury Festival mahupun Fuji Rock Festival di Jepun. Ok, cubaan ini ada positif dan negatifnya. Postitifnya adalah storyline-nya blend well sampai ke titik noktah dan negative part adalah terdapat beberapa adegan yang tak tertonjol dengan baik seperti percintaan Maho dengan Koyuki seperti yang diutarakan dengan tegas oleh kawan aku Nik. tapi bagi aku, plot yang memaparkan konflik di sekolah Koyuki telah digarap dengan kurang berkesan. Tapi WTH, ini filem pasal rock n roll and ya, its rock 'till the end !!!- Oh, aku suka 3o minit terakhir !!!! Di akhiri dengan "dont look back in anger" oleh Oasis, err. Nice one.

Aku recommend, ianya akan lebih sempurna jika diadaptasi kepada format drama 12 episod. Hope, lepas ni ada betullah drama dia.

Ok, line-up lagunya telah diubah daripada animasi . Iya, agak mengecewakan aku dan lagipun part Koyuki menyanyi tidak ditonjolkan lontaran vokalnya mungkin untuk save air muka orang Jepun yang di mana pronunciation english-nya agak kucar kacir. Scene tersebut telah di back-up dengan latar muzik band. tapi ia berkesan juga. Then, credit diberikan kepada pemilihan casting yang hebat ! Tapi, err boleh tukar Maho tak. Tak sesuailah. Terlalu feminin untuk rock chick dan the real Maho !! ..and the rest is perfect.

Jap, Nik kata Leon Sykes tak sesuai sebab tak ganas. Aku kata mungkin pelakon tu yang tak pandai berlakon, haha. Rupa dah sama dah.



Nah, aku sangat berpuas hati dengan pemilihan ahli band Beck. Kenta Kiritani yang melakonkan watak Chiba di atas ini pula bagi aku sangat berkesan. Mungkin sebab dia lebih veteran dalam bidang lakonan berbanding ahli-ahli band yang lain di mana semacam wujud alumni kamen rider pulak. Koyuki untuk Den-O dan Ryusuke Minami dalam Kabuto ~

Cinematography ke coreography ke no komen sebab aku rasa ini tipikal filem Jepun jadi tak ada beza sangat cuma efek masa Koyuki menyanyi tu boleh dikatakan berjaya dan orgasm jugalah. In fact, kenapa kalo karakter nama Ryusuke , wataknya dalam media Jepun mesti cool je eah ?

Beck sehingga entri ini ditulis sudah pun mencatat kutipan sebanyak $20,138,388 setelah ditayangkan selama 6 minggu di jepun dan berakhir pada 10 October 2010.



Meter awesome /= 3.8/5



7 comments:

  1. iya.aku setuju kalau dia putarkan balik OST lama anime dalam movie ini.sumpah meremang bulu roma aku.hope ade drama.macam ko cakap.

    ReplyDelete
  2. beck lawan DMC mana lagi baik dari segi adaptasi ?? ya, sangat berharap ada susulan drama pula !

    ReplyDelete
  3. i follow,plz follow me back too ;)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    saya dulu ada simpan lagu2 OST animasi Beck ni. mmg best, lain dr yg lain. lagu2 mcm got a feeling, hit in the USA, moon on the water n byk lg antara lagu yg blh layan!

    SELAMAT BERPUASA

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  5. Slamat berpuasa juga untuk semua blogger ! Yeah !! i was born to hit in america !!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...