Mar 14, 2011

0 No Super Hero Time but its ok !!


11 March 2011, gempa dan susulan tsunami telah menggemparkan bukan sahaja seluruh Jepun tetapi juga telah membangkitkan naluri kemanusiaan seluruh dunia.Untuk 140 tahun ini jugalah, gempa bumi bermagnitud 8.9 skala ritcher telah direkodkan sebagai yang paling besar di Jepun dan menjadi punca berlaku susulan tsunami setinggi 10 m di Sendai, Timur Laut Jepun.Seluruh lingkaran pasifik dikejutkan.Terimbas semula tragedi yang berlaku pada tahun 2004. Sekilas, panorama kiamat dipaparkan untuk peringatan umat manusia.

Berlaku masalah pada pusat Nuclear Power Plant di kawasan gempa. Apa yang di takutkan masyarakat adalah kesannya kemudian. Mujurlah evacuation telah dilakukan dengan pantas. Ingat apa yang berlaku kepada rakyat Vietnam apabila US melepaskan agent orange satu ketika dahulu ? Mereka masih lagi merana.

14 March 2011- 10 000 dilaporkan mati dan ratusan yang lain masih hilang.
Pada ketika itu, kawasan Timur Tengah, ribuan dilaporkan mati di dalam beberapa siri penggulingan kuasa.

Minggu ini segala event sukan, dan hiburan di Jepun telah dibatalkan. Ya, begitu juga dengan slot Super Hero Time! yang mengandungi tayangan Kamen Rider dan Super Sentai yang ditayangkan setiap minggu di Jepun. So, no superheroes this week ~ even them can't save Japan.

Tapi, siapa kata ? 45 negara telah bersetuju untuk membantu Jepun. Di waktu kesukaran ini, dunia telah bersetuju untuk bersatu walaupun umum tahu dosa-dosa Jepun pada masa lampau.

Apabila kita semua bersatu, kita telah mewujudkan ULTRAMAN yang sebenar. ULTRAMAN, he never run !!!! ULTRAMAN ada dalam diri kita. Oleh itu, bagi sesiapa yang terlibat dlam misi menyelamat, berhempas pulas dengan kudrat manusia biasa , ya..mereka semua layak digelar ........superhero yang sebenar ~

THANKS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...