Jun 5, 2011

1 NORWAY : Negara paling meminati bola sepak



Janganlah lu all semua mendabik dada jika meneka bahawa Malaysia tanah tumpah darah kita ni adalah negara paling obses dengan bola sepak. Jauh panggang dari api, tengok stadium masa match liga super berlangsung pon ngilu rasa hati gua. Kalo lu all teka Brazil paling fan ngetop dengan bola sepak pun lu all memang dah buat satu kesilapan besar sebab jawaban yang pastinya, Brazil bukanlah negara yang wajar berada di takhta paling menggilai bola sepak. England ? F*ck you.

The answer is NORWAY. Walaupun negara ini baru 3 kali menjejakkan kaki ke world cup dan hanya sekali merasa sensasi euro tapi gua cakap sama lu all, ranking depa gempak gak. No 11 kat dunia sekarang ni. No. 2 pun depa penah jejak sekitar tahun 90-an walhal nak kata lepas quarter final big tournament pun depa tak pernah merasa. Ape hal kan? Tapi bukan pencapaian ini yang mewajarkan mereka untuk digelar negara penggila bola sepak sedunia ......

Macam mana hal ini boleh terjadi ya? Negara Norway telah dipilih kerana berjaya mengatasi negara-negara lain dari segi jumlah pemain, jumlah penonton di stadium dan jumlah penonton di stadium. Pesaing yang mengekori rapat juga adalah tidak di sangka-sangka iaitu iceland ! Bagaimana negara yang beriklim sejuk ini boleh begitu menggilai bola sepak ???? Matti Goksoyr, seorang tokoh sukan Norway memberitahu yang di Norway sejuknya sepanjang musim. Memang mustahil bermain bola sepak di musim sejuk dan berlji. Namun sukan bola sepak tetap di gilai di sana.

Negara Norway yang berpopulasi sekitar 4 juta lebih penduduk memanglah boleh dianggap sebagai sebuah negara yang bepopulasi kecil tetapi setelah dikira menerusi nisbah pendaftaran pemain dengan nisbah populasi mutlak, Norway telah berada di tempat teratas dalam negara yang ramai pemain bola. Jerman dan Kepualauan Faroes berada di atas, tetapi Austria, Norway, dan Slovakia, Sweden, Iceland, Belanda dan Ireland tidak jauh ketinggalan di belakang. Dan dari negara-negara yang ramai pemain bola sepaknya, hanya Norway, Iceland, Cyprus dan Scotland mempunyai bilangan penonton bola sepak yang tinggi di stadium. Kategori menonton bola sepak menerusi televisyen pun Norway berada di tempat teratas. Memang sah orang Norway ni gilo bola sepak.

Fasa seterusnya, sejarah. Bagaimana negara Norway menjadi sebuah negara yang begitu berkiblatkan bola sepak ? Jawabannya mudah sahaja. Judi. Judi telah menyatukan orang yang suka bola dan suka duit menjadi satu entiti iaitu bookie haram jadah. Makanya, duit itu begitu penting untuk seluruh umat manusia pada alaf ini, begitulah juga yang terjadi di Norway. Bola sepak diperkenalkan di sana menerusi tujuan judi, nak cepat kayo tapi pelingkup bola sepak sendiri macam terjadi kat M'sia la ni. Macam barua.

Nak ceritalah, ketika Norway di serang Jerman pada tahun 1940, Raja Haakon dan anaknya yang perpendidikan Oxford, melarikan diri ke London. Kemudian, apabila pemerinntahan negara di ambil semula oleh puteranya Raja Olav, hubungan 2 negara ni bertambah baiklah denga depa ni senantiasa menziarahi Ratu Elizabeth. Di samping itu juga, baginda terus mengikuti perlawanan bola sepak England. Anakanda baginda, Raja Harald V kini menjadi penyokong kehormat kelab Tottenham Hotspur, yup, Spurs !!!! Gua rasa kan kalo anak dia tu lulusan MCKK kan, ada can lah dia jadi penyokong kehormat Perak FA kot, berbahasa Perak la kome !

Kalo lu all semua rasa negara kita ni lagi gila liga Inggeris, aku tak tau nak habaq Norway lagu mana lagi. Tahap langit berapa layer ntah. Coverage liga dowang sendiri pun dowang tak amek pusing sangat dow. Pertengahan tahun 90-an barulaha dalah kesedaran sikit. Nama kelab power tahab Gaban chop, Viking dan powehouse dowang adalah Rosernborg yang dah menang 22 title liga dowang yang dipanggil Tippeligaen.


Rosernborg


Nak cerita lagi, pada 29 Nov 1969,
buat pertama aklinya TV kat sana menyiarkan siaran langsung match liga inggeris antara Wolves dan Sunderland dan sejak itu juga, hari Sabtu terus dikenali sebagai "hari bola sepak di televisyen". Sedangkan liga tempatan mereka yang bernaung di bawah Norges Fotballforbund lebih kurang cam FAM kita lah hanya terdiri oleh pemain-pemain amatur dan pasukan kebangsaannya juga tidak pernah beraksi secara live di TV dowang sehinggalah pada tahun 1992, tv tempatan mula bagi muka untuk siarkan local match dan sejak dari itu juga barulah mutu pasukan tempatan mereka itu bertambah baik telah diuruskan dengan lebih proffesionalisme



Suka gua nak cerita lagi, menurut laporan Indeks Pembangunan Insan UNDO (Human Development Index), Norway merupakan negara termaju dunia yang memberikan ruang yang banyak kepada penduduknya bermain dan menonton bola sepak, berada di tempat teratas selama 6 tahun berturut-turut dari tahun 2001 hingga 2006. 2009, tempat itu dirampas semula oleh Iceland.

Ok, lenguh dah gua memberi ujaran yang panjang lebar. Bukan semua orang suka. Sebelum gua menamatkan surah gua kali ini, gua nak bagi satu kesimpulan ja, tengok bola bertujuan untuk berjudi memang suck. Gua harap local scene kita bebas daripada belenggu barua bola ni. Don't kill this beautiful game. Walaupu tak ada kena mengena dengan apa yang gua tulis kata atas, tapi gua saja nak cakap kerisauan gua ini. Period ~

1 comment:

  1. John Carew..John Arne Riise..Brede Haangeland..Jussi Juskelainen..gamst pedersen...Yup bro, judi adalah pemangkin no.1 kat sana..kita kena makan bola, tdo bola, minum bola semuanya bola..baru kita boleh berjudi dengan MANTOP!!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...