Nov 27, 2010

2 The Social Network X DDR

"You're not an asshole, Mark. You're just trying so hard to be one."
Poster filem The Social Network
    Selesai sahaja menonton filem ini di pawagam,melepak di nasi kandar Zubaidah ,pekena pulak nasi lemak ayam memang heaven, bilangan awek-awek hot yang stay up kat situ dan dress up ala-ala nak pergi pekan pula berjaya meruntun jiwa,membuat hati kecil aku menari-nari gedix.Memang heaven.Tenang je jiwa aku,rasa macam minum fresh oren dekat tepi swimming pool.Heaven.
 
    Apa korang rasa tiap kali lepas membuang air besar,puas bukan,sedikit sakit kalo sembelit,itulah rasa yang aku perolehi usai  menonton filem ini.Ada attachment dengan jiwa aku,dan ini bukanlah kerana aku ni sepupu sepatat dengan Mark Zuckerberg,tetapi kerana facebook itu sendiri dah macam makanan harian aku,dan aku percaya makanan untuk ratusan juta yang lain.

    Filem The Social Network ini memerihalkan kisah hidup Mark Zuckerberg,seorang penggodam komputer,genius Harvard University,seorang billionare termuda di dunia dan bagaimana corak hidupnya sehinggalah dia  berjaya men-coding  facebook lalu menyebarkannya ke seantero dunia.Audien diingatkan bahawa walaupun filem ini merupakan sebuah filem auto biografi dan based on true sory tetapi Mark Zuckerberg telah menyatakan bahawa terdapat sedikit unsur fiksyen telah di gunapakai bagi menjadikan kisah hidupnya lebih dramatis dan punya cinematic appeal.baru lah box office kan,tak adalah linear je storyline dia.Pendek kata,aku cuma nak habaq yang filem ni best.Seronok walaupun durasinya agak panjang bagi sebuah filem drama.Tapi bukan juga best sampai boleh menang award.FFM ?jauh sekali.Itu sah-sah milik filem hebat macam KL Drift.

    Lakonan Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg memang tiptop.Mamat ni tak pernah mengecewakan aku sedari Zombieland lagi.Memang nerd,memang geek,memang genius,memang adabi sajian istana di zaman silam.Walau begitu,tumpuan aku lebih terarah kepada perfomance Justin Timberlake yang berjaya membawakan watak Sean Parker,co-founder Napster dan seorang entrepeuner bermasalah dengan begitu berkesan.Stail arahan David Finch juga tidak boleh disangkal lagi setelah muncul dengan beberapa filem hebat sebelum ini seperti Se7en,Fight Club dan The Curious Case of Benjamin Button,dikuatkan pulak dengan skrip hasil daripada mamat yang sebelum ini menghasilkan A Few Good Men dan The West Wing iaitu David Fincher.Fuhh mana tidak aku inzal menontonnya !

"Ball and Biscuit" track dari The White Stripes.adalah the next best thing dalam playlist lagu aku.
    
    No character development needed.Memang ia agak kurang ditekankan dalam filem ini,kesannya telah mempengaruhi ending filem ini yang agak rush dan tiada klimaks penceritaan but somehow i just loves it.Kekuatan filem ini terletak pada dialognya yang berjaya drag aku untuk tidak tidur,kerana aku sangat sering tertidur di dalam pawagam.Tapi dialog juga adalah kelemahan filem ini.bagi yang tidak menggemari filem yang mempunyai dialog panjang berjela,tapi degil nak tengok juga kat wayang ,sila bawa sekali awek korang sebab kalo pun tak tertidor ,paling kurang pun boleh buat "kerja" lain seperti ketip kuku atau buang kelemumur awek korang.
  
    Cerita punya cerita ,korek punya korek dengan sahabat aku Amirul yang turut serta menemani aku menonton The Social Network ini, satu idea mengenai filem ini telah berjaya di capai.Kami berpendapat bahawa The Social Network di hasilkan sebagai salah satu strategi business oleh Zuckerberg,dalam memastikan survival-nya dalam industri social networking untuk jangka masa yang lebih lama, mungkin untuk 4-5 tahun lagi.
    
    Pujian juga harus diberikan kepada DR Rozmey.Si genius kita pula.kalo kat luar ada fenomena facebook,kat sini ada fenomena JM5.Apahal.Sebab dia pun sudah awal-awal  menghidu strategi macam si Zuckerberg ini.Bikin filem.2 Alam.Tahap filem yang di hasilkan pula kita letak belakang cerita.yang penting strategi.Itu lebih stail,itu barulah business.Bezanya, Zuckerberg tak adalah heboh cerita pasal pecah panggung.Oh ya,masing-masing punya gaya tersendiri.Sejajar pula dengan tagline dalam poster filem The social Network iaitu "You Dont Get to 500 million friends without making a few enemies" yang sesuai ditujukan kepada DDR.Dalam usaha murninya untuk memartabatkan filem Melayu,itulah jalan berliku yang dipilih beliau.Tak kisahlah kalo wujud fanbase yang membenci usaha murni DDR asalkan kalo boleh dapat RM 40 juta kan!Sekali lagi,dapat atau tidak itu kita letak belakang cerita.Yang penting produk kita terjual.Kita rasa puas hati.Perasaan audien tu sekali lagi kita boleh letak belakang cerita.
    
    Facebook,satu enjin social networking oleh seorang anti-sosial barangkali.Ye,Mark Zuckerberg merupakan seorang anti-sosial bagi aku.Alasan ?Tonton sendiri filem ini.

Aku rate 3.899999/5.0 untuk The Social Network~Ok,aku nak log in.Jumpa lagi


"You're not an a**hole, Dr.You're just trying so hard to be one."

After all ,beliau juga seorang pengguna facebook

2 comments:

  1. Pendapat aku - storyline cerita ni masih lebih kepada cerita dokumentari dan tak dinafikan, memang bosan kalo ko mmg takda masa nak tgk bebenda yg slow dan kurang ada elemen impak (yg kebiasaannya ada dalam setiap filem hollywood)

    Having said that, some scene was cool (menunjukkan sejarah terjadinya facebook) tapi kebanyakan scene dimana dia sedang disaman dan bahagian-bahagian bosan yg lain mmg bosan gila...

    Kudos sbb bgi review ttg filem ni.

    ReplyDelete
  2. Thanks !anyway Zuckerberg memang cool sebab selalu pakai selipar persis macam asadi kan?hahahaha

    ReplyDelete

Tinggalkan Tahi Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...